.

.

Pages

PILIHAN RAKYAT LANGKAWI, CALON ATAU PARTI?

Friday, April 19, 2013


MKT tertarik untuk menulis jawapan kepada komen daripada salah seorang pembaca iaitu Anti Abu Lahab yang menulis balasnya diatas artikel MKT yang bertajuk "Kenapa calon PKR Langkawi wajib ditolak mentah-mentah" klik disini 

Beliau menyatakan yang calon BN untuk Parlimen Langkawi iaitu Dato' Ir Hj. Nawawi bin Hj Ahmad banyak membuat jasanya melalui janji yang TIDAK DITEPATI. Adakah ini benar?

Ya. Benar tuduhan itu TETAPI harus ingat yang calon Parlimen dari PKR lagi tidak boleh diharap. Sebabnya, rumahnya sebelah darat, bisnesnya sebelah darat, keluarganya juga sebelah darat. Jadi apakah alasannya untuk menabur bakti kepada penduduk Langkawi?

MKT ingin menarik ayat ayahanda Tun Mahathir iaitu 'Lebih baik syaitan yang dikenali daripada malaikat yg tak pernah dikenali'..

Tulisan MKT ini bukannya bertujuan untuk membodek mahupun merayu undi tetapi fikirlah sejenak barang seketika. Adakah TIADA langsung janji-janji yang bekas ADUN BN itu pernah tunaikan? 

Adakah dalam janjinya sebanyak 10 janji, tiada langsung hatta satu janjinya yang pernah tertunai?

Mengapa pemimpin PR yang kuat membuat janji tidak pula dipertikaikan malahan TETAP menyokong juga calon tersebut?

Mungkin alasan yang diberikan adalah penyokong-penyokong PR menyokong parti dan bukannya calon. Disebabkan sikap itulah maka para pemimpin PR begitu tega mengabaikan tanggungjawabnya terhadap masyarakat di kawasan yang pernah diwakilnya.

Pilihan ditangan para pembaca semua. Tiada paksaan kepada para pembaca untuk menyokong atau menolak calon BN tersebut TETAPI harus diingat pepatah orang tua-tua "Keluar dari mulut harimau, masuk pula ke mulut naga" ataupun calon Pakatan Rakyat ini umpama "Indah khabar dari rupa"

Satu kesilapan kecil bakal mengundang duka sepenggal.

Renung-renungkanlah....

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.