.

.

Pages

CALON UMNO SERANG MKT..?

Wednesday, September 25, 2013

Lama benar Ibnu tidak menulis blog. Bukan apa, kerana ingin merehatkan minda dan tenaga yang banyak habis sewaktu PRU yang lalu.

Tujuan Ibnu menulis ini adalah kerana ingin memperjelaskan serangan-serangan terhadap calon UMNO Langkawi oleh rakan Ibnu iaitu Melayu Kedah Terakhir @ MKT, yang nampaknya telah disalah tafsir oleh sebilangan besar calon-calon bukan pilihan ramai.


Serangan beliau terhadap sebilangan besar calon pemimpin adalah disebabkan terdapat rungutan rakyat terhadap kepimpinan mereka sebelum ini. Bukannya membawa maksud menghina tetapi membawa perkhabaran dari rakyat jelata yang tidak berani meluahkan secara terang-terangan.

Jadi oleh yang demikian, kenapa dan mengapa perlu calon-calon ini seperti melatah teruk? Sedangkan tujuan beliau adalah untuk kebaikan walaupun nadanya agak kasar. 

Adakah dengan membawa perkhabaran secara lemah lembut akan berita kemarahan rakyat, agak-agaknya calon-calon ini mahu terima ke?

Sepatutnya calon ini mengambil pendekatan berdiam diri dan perbaiki kekhilafan dirinya kerna jika dia turut sama melatah akan provokasi MKT, ini membawa maksud sememangnya calon itu mengiakan segala yang MKT hebahkan.

Jika para perwakilan salah pilih calon maka jangan salahkan calon pula kerana jari dan tangan para perwakilan yang mengundi untuk mempersiapkan barisan pada PRU ke 14 nanti.

Kerana yang melingkupkan UMNO adalah daripada pemimpin dan bukannya daripada UMNO. Jika UMNO lingkup maka tidak mustahil agama, bangsa dan negara juga akan turut sama menuruti jejaknya.

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.