.

.

Pages

NADI RAKYAT LANGKAWI

Monday, May 6, 2013


Akhirnya hari yang dinantikan dengan penuh debaran seluruh penduduk Malaysia telah tiba dan rasanya kebanyakkan rakyat sudah pun tahu akan keputusan siapakah yang dipilih oleh rakyat untuk terus mentadbir negara ini.

Tumpuan MKT hanyalah kepada kawasan favourite MKT iaitu Langkawi. Ternyata sokongan padu warga Langkawi begitu hebat dan meningkat dari PRU yang lalu.

Walaupun calon-calon BN diasak hebat oleh karenah dan fitnah oleh penyokong-penyokong Pakatan Rakyat, akhirnya pada hari ini telah terbukti yang segala karenah dan fitnah mereka adalah sia-sia sahaja.

Dibawah ini MKT lampirkan keputusan RASMI PENUH Pilihanraya untuk kawasan Parlimen Langkawi.


Parlimen LANGKAWI (P.004) : JUMLAH PENGUNDI 37,536
BN - 21,407
PKR - 9,546
BEBAS - 180 (hilang wang pertaruhan)


DUN Ayer Hangat (N.01) : JUMLAH PENGUNDI 20,130
BN - 11,166
PAS - 5,855

DUN Kuah (N.02) : JUMLAH PENGUNDI 17,406
BN - 10,263
PKR - 3,892
BEBAS - 117 (hilang wang pertaruhan)

Apa-apa pun, MKT ucapkan tahniah dan berharap agar wakil-wakil rakyat ini dapat menjalankan tugas yang diamanahkan. Belalah rakyat Langkawi sebaik mungkin. Jangan pula hanya bertanam tebu di tepi bibir sewaktu hendak menagih undi semata-mata.

Langsaikan apa-apa jua janji atau impian yang mampu untuk membela nasib warga Langkawi.

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.