Pages

Monday, May 13, 2013

DARI LANGKAWI... BUY CHINESE LAST? USELESS!!


MKT tertanya-tanya adakah benar kempen BOIKOT BARANGAN CINA akan diikuti oleh anak bangsa MKT iaitu Melayu? Slogan 'Buy Chinese Last', MKT lihat bagaikan tidak kesampaian  sasarannya.


Kenapa MKT menulis sedemikian? Ini adalah kerana kebanyakkan kedai-kedai runcit di negara ini dikuasai oleh satu bangsa sahaja iaitu bangsa Cina. Lihat sahaja gedung-gedung membeli belah kebanyakkannya adalah milik bangsa ini. Segala gudang-gudang penyimpanan barangan rumah, juga dimiliki oleh bangsa ini juga. Jadi, dimanakah pemilikan bangsa Melayu pula?


MKT tidak perlu membawa para pembaca melihat jauh ke negeri dan daerah orang lain. Cukuplah dengan memberi contoh di daerah Langkawi.

Di Langkawi terdapat 2 buah gedung iaitu di Langkawi Fair dan Langkawi Plaza. Didalamnya sahaja tertera 2 buah pasaraya dimiliki oleh bangsa Cina. Kita lihat pula di Cenang Mall di Pantai Cenang. Boleh dikatakan keseluruhan peniaga-peniaga disitu dimiliki oleh bangsa Cina juga.

Biar MKT bawa pula ke Jalan Penarak, Langkawi. Disitu terdapatnya deretan kedai runcit yang dimiliki oleh bangsa yang juga Cina.

Jadi, bagaimanakah rakyat hendak menyahut seruan kempen ini? Sedangkan di Langkawi tiada pula produk 1 Malaysa seperti Kedai Rakyat 1 Malaysia dimana harga barangannya adalah lebih murah daripada pasaraya.

Produk-produk buatan bangsa Melayu yang di bawa masuk oleh syarikat perkapalan ke Langkawi adalah dari syarikat-syarikat bangsa Cina juga. Jika mereka bertindak menyekat kemasukan produk-produk ini, bagaimanakah pula rakyat Langkawi mahu menyahut seruan ini?


Produk roti seperti Hi-5, Massimo dan lain-lain yang dimiliki oleh bangsa Cina dijual di setiap kedai-kedai runcit tetapi produk roti daripada bangsa Melayu iaitu Gardenia, tiada.

Bekalan minyak masak pula, kadang-kadang tiada stok dan yang ada pula hanyalah minyak masak produk-produk Cina.Lalu rakyat Langkawi 'TER'paksa juga membelinya kerana jika tidak beli maka dapur dirumah tidak berasap. 

Apakah daya orang-orang Langkawi hendak menolak membeli produk bangsa Cina dan dalam masa yang sama tangan mereka diikat kerana tiada alternatif yang lain?

Jadi, bagaimanakah anak-anak Melayu Islam Langkawi ingin menyahut seruan slogan ini kerana dalam masa yang sama kami terpaksa membeli produk-produk dari bangsa Cina?

Renung-renungkanlah...

8 comments:

  1. mukhriz sebagai menteri besar kedah yang baharu mesti memperbetulkan keadaan ini. umno kedah kenalah bertindak. masa ni la nak tolong bangsa melayu. kalau melayu sendiri lemah, macam mana nak tolong bangsa lain dalam negara?

    ReplyDelete
  2. janganlah berfikiran negatif. usahakanlah setakat mana yg mampu le. buat secara kecil2 untuk boleh bantu serba sikit peniaga melayu sudah memadai. Kita memang tak mampu nak ranapkan ekonomi cina - mereka terlalu kuat. tapi setidak2nya kita usahakan sikit-sikit dulu.

    ReplyDelete
  3. cadangkan kepada kerajaan baru kedah agar bekerjasama dengan MYDIN membuka supermarket disana . Satu lagi cadangan saya , dari dibiarkan Kompleks Al-Bukhary di Alor Setar tersergam sepi ibarat gajah putih maka eloklah dinaiktarafkan menjadi pusat sehenti untuk 'PEMBEKALAN DAN PERUNCITAN BUMIPUTERA' terutamanya bahan-bahan asas yang sehingga kini dimonopoli oleh kaum Cina. Kedah mungkin boeh menjadi penggerak kepada satu konsortium Bumiputera dalam bidang pembekalan dan peruncitan . Ingatlah bahan makanan adalah asas keperluan setiap manusia , cukuplah kerajaan ditekan setiap kali mereka menuntut kenaikan harga dan rakyat menerima padahnya . Hari ini kita pula menerajui pembekalan dan peruncitan . Melayu janganlah berpecah kerana busuk hati , dengki berpakatlah , Insyaallah niat yg akan baik akan dimudahkan Allah .

    ReplyDelete
  4. mai kita pakat pakat berdoa agar urusan di mudahkan ,Insha Allah akan di makbulkan seperti yang berlaku pada 5/5/2013

    ReplyDelete
  5. biar sedikit pun usaha harus diteruskan....boikot juga perkhidmatan dari mereka. utamakan prkhidmatan dr sesama muslim dulu.....

    insyaAllah pasti berjaya......be positive.

    mari menyemarakkan ekonomi sesama muslim.....BCL

    ReplyDelete
  6. Sokong, buat apa yg terdaya dulu. ..BCL
    always buy muslim 1st

    ReplyDelete
  7. Sangat berharap KR1M dapat dibuka di LANGKAWI,.
    tolonglah...

    ReplyDelete
  8. utamakan produk muslim. sokong sokong sokong

    ReplyDelete