.

.

Pages

BERANIKAH PAKATAN RAKYAT MENUNAIKAN JANJINYA?

Saturday, May 4, 2013


MKT tertarik dengan salah satu Manifesto Bukan Janji Pakatan Rakyat mengenai penurunan Harga Kereta. Sebenarnya ianya menarik dan begitu sedap didengar tetapi amat payah untuk dihadamkan.


Pada hemah MKT, daripada diturunkan harga Kereta adalah lebih baik Pakatan Rakyat mengeluarkan Manifesto barunya iaitu Turunkan harga Hartanah di negara ini.

Ini adalah kerana nilaian hartanah yang ada dinegara ini begitu tinggi dan agak sukar dimiliki oleh rakyat yang kurang berkemampuan. Jika benar Pakatan Rakyat begitu teruja untuk menjadi Pakatan Harapan Rakyat, bukankah lebih baik pakatan itu menggunapakai idea MKT ini?

Bukankah setiap kereta ada nilaian susut nilainya? Jika dijual begitu murah, maka berapakah pula nilainya dipasaran kelak?

Ini amat berlainan dengan hartanah dimana setiap hartanah akan meningkat nilaiannya dari tahun ke tahun.

Persoalannya, beranikah mereka membuat janji begini?

Barulah kita akan dapat lihat samada golongan Cina akan mula membenci Pakatan Rakyat kelak...

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.