.

.

Pages

SALAH SIAPA SEBENARNYA SKANDAL HARAM INI?

Monday, April 15, 2013


Baru-baru ini negara digegarkan oleh skandal Setiausaha Agung PAS iaitu Mustapha Ali melalui videonya mengadakan hubungan seks HARAM dengan pelacur.

Pada hemah MKT, tidak kisahlah samada perempuan itu adalah pelacur mahupun tukang urut yang MKT hendak bincangkan dilaman ini. Yang MKT mahu ketengahkan adalah sikap penyokong Pakatan Rakyat yang beria-ia menuding jari ke arah UMNO sebagai dalang penyebaran setiap skandal yang telah dilakukan oleh pemimpin mereka.

Sebenarnya mudah sahaja, jika setiap pemimpin Pakatan Rakyat (PR) tidak melakukan sebarang onar kepada diri sendiri, keluarganya, agamanya, bangsanya dan negaranya, TIDAK MUNGKIN segala skandal ini akan terkeluar.

Mengapa perlu UMNO sahaja dilihat sebagai 'kambing hitam' sedangkan yang paling KEJI perbuatannya dalam konteks ini adalah si pelaku?


Mungkin penyokong-penyokong PR terlupa akan kenyataan oleh Presiden mereka sendiri iaitu Hj Hadi Awang yang membenarkan DIDEDAHKAN keaiban bakal pemimpin. Dengan alasan agar rakyat lebih tahu dan lebih mengenali bakal pemimpin.

Nah!!...Sudah terbukti pihak-pihak yang mendedahkan setiap skandal ini menyahut saranan oleh Presiden PAS sendiri!!.. Sepatutnya penyokong PR harus berbangga kerana rakyat sudah mula menerima dan mengikuti saranan oleh Presiden mereka.


Mungkin akan ada pula suara-suara halus menyatakan yang Islam tidak membenarkan mengumpat sebegini. Baik...biar MKT jelaskan.
Adakah perbuatan mengata sesuatu yang benar tentang seseorang itu turut dikira mengumpat?

Mengata dan mengumpat bermakna; "mencela-cela atau memburuk-burukkan orang lain di belakang'. Dalam takrif yang lain bermaksud: "kamu menyebut mengenai saudara kamu perkara yg dibencinya atau mengenainya perkara yg dia tidak suka'. 

Ini bermaksud apa sahaja yang dikatakan dengan mengaitkan seseorang di belakangnya sama ada perkara baik mahupun yg buruk adalah dikira mengumpat. 

Namun ulama telah mengkategorikan ada jenis umpatan yg diharuskan oleh syarak. Imam al-Nawawi mengkhususkan satu bab dalam kitabnya Riyadhu al-Salihin tentang umpatan (atau kata mengata yang tidak disukai di belakang tuannya) yang diharuskan syarak. 

Beliau menyenaraikan 6 sebab umpatan itu menjadi harus: 

Pertama: Utk mengadukan kezaliman. Harus bagi orang yg dizalimi utk memberitahu pihak yg boleh menolongnya drpd terus dizalimi penzalim. 

Kedua: Meminta pertolongan utk mengubah kemungkaran dgn mengadu kepada pihak yg berupaya mengubahnya dan menceritakan (mengumpat) perbuatan salah atau mungkar yg dilakukan. 

Ketiga: Meminta fatwa tentang sesuatu hukum agama yg ada kaitan dgn pihak yg diumpat dgn syarat umpatan itu perlu dilakukan utk memahamkan org yg diminta fatwa. 

Keempat: Memberi ingatan dan nasihat kpd orang Islam lain tentang keburukan yg dilakukan oleh orang yg diumpat. 

Kelima: Mengumpat orang yang terang-terangan melakukan kefasikan dan maksiat seperti peminum arak, penceroboh, pengumpul harta orang secara zalim (termasuk perasuah), pelaksana kerja-kerja batil dan seumpamanya. 

Keenam: Memberi pengenalan seseorang yang mana jika tidak diumpat sedikit maka orang tidak akan mengenalinya, tetapi jika boleh dikenali dengan tidak mengumpatnya, maka mengumpat ketika itu adalah haram.


Sekarang diharap para pembaca dapat penjelasan yang sewajarnya mengenai pendedahan demi pendedahan skandal yang melibatkan pemimpin PR kebelakangan ini.

Wajar kita menolak pemimpin yang terang-terang BAKAL memalukan agama kita, bangsa kita dan negara kita atas skandal-skandal begini.

Renung-renungkanlah...

(P/S : MKT tertanya-tanya, mengapa sehingga sekarang pembuktian JAM OMEGA masih GAGAL dijawab oleh mereka....? Hairan, kan?)

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.