.

.

Pages

PARTI BEBAS KUASAI POLITIK LANGKAWI?

Saturday, April 20, 2013

CALON-CALON DARIPADA BARISAN NASIONAL
Buat pertama kalinya didalam sejarah Pilihanraya Langkawi, dimana calon BEBAS turut sama bertanding beserta calon-calon daripada parti dominan di negara iaitu BN dan Pakatan Rakyat.

Bagi kawasan Parlimen Langkawi

1) Dato Ir. Hj. Nawawi bin Hj. Ahmad - BN
2) Dato' Hj. Ahmad bin Abdullah - PKR
3) Puan Marina binti Hussein - BEBAS

Bagi Kawasan DUN Ayer Hangat ( N.01 )

1) En. Mohd Rawi bin Ab. Hamid - BN
2) En. Zubir bin Ahmad - PAS

Bagi Kawasan DUN Kuah ( N.02 )

1) En. Nor Saidi bin Nanyan - BN
2) Dato' Ahmad bin Kassim - PKR
3) En. Zaflee bin Pakwanteh - BEBAS

CALON-CALON DARIPADA PAKATAN RAKYAT
Rasanya MKT tidak perlu menghuraikan mengenai calon-calon popular daripada parti dominan negara iaitu BN dan Pakatan Rakyat tetapi MKT lebih tertarik dengan penampilan 2 calon BEBAS yang ingin mencuba nasib didalam arena politik Langkawi.

PN. MARINA BT. HUSSEIN
(PARLIMEN - BEBAS)

Calon yang pertama yang bertanding untuk PArlimen iaitu Puan Marina binti Hussein merupakan Pengarah Urusan Travel Agencies Langkawi dan SU kepada Bumitra M'sia.

EN. ZAFLEE BIN PAKWANTEH
( DUN KUAH- BEBAS )

Dan calon keduanya iaitu En. Zaflee bin Pakwanteh pula merupakan seorang peguam dan mempunyai firma di Selangor.

Kriteria kedua-dua calon tidaklah boleh dianggap enteng oleh barisan calon-calon popular Langkawi kerana dari segi pengaruh dan sumber kewangan kedua-dua calon BEBAS ini agak hebat.

Malahan keyakinan kedua-dua calon ini juga untuk menembusi kekebalan tembok keyakinan pengundi di Langkawi agak tinggi dimana mereka meletakkan 85% daripada undi warga Langkawi akan memihak kepada mereka.

Apa-apa pun kita tunggu dan lihat bagaimanakah hasil kesungguhan mereka samada akan berjaya ataupun 'hilang wang pertaruhan' mereka.

1 ulasan:

URGENT LOAN OFFER WHATSAPP +918929509036 said...

My name is Mrs.Aisha Mohamed, am a Citizen Of Qatar.Have you been looking for a loan?Do you need an urgent personal loan or business loan?contact Dr James Eric Finance Home he help me with a loan of $42,000 some days ago after been scammed of $2,800 from a woman claiming to been a loan lender but i thank God today that i got my loan worth $42,000.Feel free to contact the company for a genuine financial service. Email:(financialserviceoffer876@gmail.com) call/whats-App Contact Number +918929509036

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.