.

.

Pages

KENAPA CALON PKR LANGKAWI WAJIB DITOLAK MENTAH-MENTAH

Tuesday, April 16, 2013


Calon-calon pembangkang Langkawi dari parti PKR untuk Parlimen dan ADUN telah diumumkan oleh Presiden (yang TIADA kuasa Presiden) PKR iaitu Datin Seri Wan Azizah pada 14hb April 2013 bertempat di Baron Resort, Kuah, Langkawi.

Calon bagi Parlimen Langkawi telah ditakdirkan akan diwakili oleh Dato' Haji Ahmad bin Abdullah, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah dan wakil calon bagi ADUN Kuah pula ialah Dato' Ahmad bin Kasim yakni bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah.

Pada pendapat MKT, kemasukan calon-calon ini ke daerah Langkawi membuktikan yang SEMEMANGNYA PKR Langkawi sudah ketandusan calon-calon yang berwibawa untuk menyaingi kredibiliti calon-calon daripada Barisan Nasional.

Kemanakah perginya Dato' Wan Salleh yang merupakan Ketua Keadilan di Langkawi? Setelah dihisap madu dengan rakus oleh kepimpinan PKR, akhirnya sepah dibuang entah kemana.

Topik MKT pada kali ini bukanlah untuk membincangkan berkenaan 'hilangnya' Dato Wan Salleh tetapi lebih tertumpu kepada bagimanakah calon-calon luar PKR boleh menguasai senario politik Langkawi.


Yang pertamanya, kita bincangkan calon Parlimen yang mewakili PKR terlebih dahulu. 


Dato' Haji Ahmad bin Abdullah telah dilahirkan pada 14 Disember 1949 di Alor Star, Kedah. Pendidikan awal beliau bermula di Sekolah Kebangsaan Seberang Perak pada tahun 1957 sehingga tahun 1960.

Pada tahun 1961, beliau telah memasuki 'Special Malay Class' di Sekolah Rendah Iskandar selama dua tahun.

Pada tahun 1962, beliau menyambung pengajian menengahnya di Kolej Sultan Ismail, Kota Bharu, Kelantan. Di atas beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, beliau kembali ke Kedah dan meneruskan pengajiannya di Maktab Sultan Abdul Hamid sehingga tahun 1969.

Pada tahun 1971, beliau diterima masuk ke Universiti Malaya untuk melanjutkan pengajiannya dan memperolehi Sarjana Muda Ekonomi dalam bidang Pentadbiran pada tahun 1974.

Not bad... but useless. Ini adalah kerana TIADA satu bukti pun beliau berjasa kepada daerah Langkawi. Bukan anak jati Langkawi lalu bagaimanakah beliau akan dapat memahami peri masalah para penduduk Langkawi secara amnya?

Sedangkan Langkawi tidak pernah diambil tahu sewaktu mempunyai jawatan dahulu, adakah beliau akan mengambil berat pula pada waktu sekarang?

Yang paling penting untuk para pengundi Parlimen Langkawi ambil maklum adalah beliau BUKANLAH pengundi tempatan. Jelas tertera didalam daftar pemilih SPR beliau adalah pengundi di daerah yang lain seperti lampiran dibawah.


Keduanya, calon PKR untuk ADUN Kuah iaitu Dato' Ahmad bin Kasim.


Rasanya semua sudah sedia maklum yang calon ini adalah calon yang 'DITERAJANG' keluar daripada kawasan yang pernah diwakilnya dahulu iaitu Parlimen Kuala Kedah.

Cuba lihat sahaja keadaan Kuala Kedah selama 4 tahun lebih beliau menjadi Ahli Parlimen. Adakah sebarang perubahan samada dari bentuk fizikal mahupun rohani yang dapat dibangunkannya disitu?

Sudah berapa banyakkah pelaburan luar yang berjaya dibawa masuk ke kawasannya sebelum ini? Jawapannya TIADA!!

Jadi, amat WAJAR calon ini ditolak mentah-mentah oleh penduduk Langkawi terutamanya masyarakat Cina yang sememangnya lebih mengharapkan pertumbuhan ekonomi yang rancak di Langkawi.

Tambahan lagi, mungkin beliau adalah anak jati Langkawi yakni dilahirkan di kawasan Penarak, Langkawi (seperti dakwaan para penyokong PR Langkawi) tetapi banyak daripada masa hidupnya lebih tertumpu kepada kawasan yang di luar Langkawi.

Cuba lihat sahaja daftar pemilih untuk calon ini. (seperti di Lampiran)


Lalu bagaimanakah beliau akan menumpukan sepenuh masanya kepada masyarakat Langkawi sebagaimana bekas YB Kuah iaitu Dato Nawawi bin Ahmad yang banyak meluangkan masa beliau berada di Langkawi berbanding di tanah besar?

MKT merasakan pihak atasan PKR tidak dapat menyelami dalam-dalam harapan para penyokong PR di Langkawi. Sesuka hati meletakkan calon yang BUKAN daripada anak jati Langkawi yang sememangnya TIDAK AKAN dapat memahami malahan bakal menjadi satu BEBANAN kepada masyarakat penduduk Langkawi jika masih lagi sanggup menerima mereka sebagai wakil kepada suara rakyat Langkawi.

Renung-renungkanlah....

3 ulasan:

Anti Abu Lahab said...

Ya betul, Datuk "IR" Nawawi memang banyak berjasa ke orang langkawi. Beliau banyak berjanji tanpa segan silu untuk menunaikan janji janji tersebut. Sudah beberapa banyak sekolah telah dijanjikan Komputer, sumbangan lain dan sebagainya sampai sekarang habuk pun tarak!!. Juga, janji untuk menunjukkan bukti "IR" yang diperolehi sampai sekarang tidak dapat.

Anonymous said...

Tgk lah perangai org yg mmg suka mencari salah..yg calon luar berwibawa dtolak sbb dkatakan bkn org langkawi walaupun beliau ttp org kedah, yg calon org langkawi pon tpp dtolak sbb masa byk dihabiskn diluaq...woiii haprakkk hg tak penah kluaq ka? Hg ni kan mesti katak bwh tempurungkan..bkn tempat asal yg tentukan layak tak layak, apa yg penting dia boleh mlakukan kerja dgn baik bkn mcm be end yg sembang je kata 'ir' cer check tgk kat persatuan engineer ada tak nama dia..cehhh poyoo je lebih..bodoh la kau ni..

Ibnu Dahlan said...

HIhihi...bukannya mencari salah TETAPI mmg salah pown.... Tolong beri jer sorg jer pemimpin 'contoh' PKR khususnya yg reti wat kerja di kawasan yg diwakili mereka?
Setahu MKT dari Kepala Umum PKR iaitu DSAI sehingga membawa ke akar umbi PKR...X pernah amik taw pasal kwsn mrk sndr. Yg dok taw dan angan2kan adalah nk tawan Putrajaya...
Weayy bro... Setakat kwsn sndr pown x RETI nk jaga, lupakanlah niat nk tawan kwsn len pulak...

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.