Hari ini MKT ingin membawa pembaca mengimbau sejarah dan memahami sejarah. Satu bangsa akan runtuh bila lupa akan sejarah. Ini membawa makna sejarah adalah penting untuk menentukan destinasi sesuatu bangsa samada maju atau mundur.
Tujuan MKT membuka kitab sejarah ini adalah untuk membandingkan akan sejarah ketamadunan negara China pada zaman Dinasti Han. Diceritakan dimana-mana buku sejarah pada zaman Dinasti Han, China telah menjadi sebuah negara yang maju, aman dan stabil selama 400 tahun. Penyebab utama keruntuhan Dinasti Han adalah kerana timbulnya satu pemberontakan yang menggunakan nama Revolusi Tentera Serban Kuning yang diketuai oleh Zhang Jiao pada tahun 184 Masihi.
Akibat daripada pemberontakan tersebut Empayar China menjadi huru hara dengan peperangan Tiga Negeri selama 81 tahun, baru rakyat negara China mendapat kembali ketenangan sama seperti zaman Dinasti Han.
Itu baru sejarah negara China. Bagaimana pula dengan sejarah negara-negara lain pula? Untuk makluman para pembaca, tiada satu buah negara didunia ini yang mengalami keamanan sejurus meruntuhkan pemerintahan asal negara tersebut.
Lihat sahaja di Iraq, Mesir, Tunisia dan bakal menyusul iaitu Syria.
Malaysia juga tidak terkecuali. Malahan negara ini juga akan menurut jejak langkah yang sama dengan Dinasti Han iaitu kononnya akan tumbang dengan cara Revolusi. Bezanya kita tidak perlu menggunakan kekuatan tentera tetapi cukup dengan kekuatan undian semata-mata.
Golongan Serban Putih?? |
Jika di China terdapat Tentera Serban Kuning, di Malaysia pula ada pula golongan Serban Putih, Pengasas Perkauman, Penyokong kepada Kaum Luth yang cuba-cuba menjayakan revolusi ini atas nama Reformasi.
Sedangkan tiada apa yang perlu direvolusikan atau direformasikan. Tiada rakyat dizalimi. Yang ada hanyalah rakyat sendiri yang tidak mahu menerima hakikat keamanan ini diperolehi daripada Allah s.w.t melalui usaha keras kepimpinan UMNO/BN.
Lihat sahajalah wahai para pembaca sekalian. Akibat daripada hendak cuba yang baru, rakyat China menderita selama 81 tahun.
Begitu juga empayar Melaka dahulu. Akibat hendak merasai kemanisan pemerintahan penjajah Portugis, rakyat Melayu sengsara selama 500 tahun.
Adakah kerana kita semua sudah puas mengecapi nikmat merdeka dan aman sebegini dibawah pentadbiran UMNO/BN yang baru berusia 55 tahun dan kononnya ingin merasa yang 'baru' maka kita sanggup membuat satu ujikaji?
Sanggupkah rakyat Malaysia menghadapi derita jika pilihan kita itu tidak menjadi seperti yang kita inginkan?
Tepuk dada dan tanyalah iman...
2 ulasan:
Salam MKT,
Tahniah, artikel sejarah yg wajib dipelajari, contohi dan hayati oleh semua. Cara terbaik utk memberi kesedaran kpd pengundi PRU13. Yg terdekat boleh tak keluarkan sejarah hitam negara kita iaitu perisitwa 13 Mei 1969? Sekadar memberi kesedaran kpd anak2 muda kita.
Terima kasih.
mohon link kan kepada blog tuan... bersama kita membantu KEDAH kembali kepangkuan BN. Saya telah link blog tuan kepada blog saya. terima kasih
http://parlimenpokoksena-pru13.blogspot.com/
Post a Comment