Pages

Friday, March 1, 2013

NASIB KAKITANGAN KERAJAAN DIABAIKAN OLEH PAKATAN RAKYAT?


MKT ingin memuji idea yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat didalam manifesto terbaru mereka demi menghadapi Piliharaya ke 13. Secara kasarnya, segala yang tertulis didalam manifesto itu dilihat menjurus kepada kebajikan rakyat semata-mata dan bukannya untuk kepentingan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Tetapi bila diteliti halus demi halus akan nampak segala akan temberangnya manifesto ini.



MKT tidak mahu ulas panjang-panjang berkenaan manifesto ini kerana MKT yakin rakan blogger diluar sana sudah pun membahaskan isu ini didalam blog mereka.

Perkara yang MKT ingin memberi ulasan adalah berkenaan nasib kakitangan Kerajaan Pusat apabila manifesto ini direalisasikan oleh pentadbir baru negara iaitu Pakatan Rakyat.

Cuba lihat antara yang terutama manifesto PR adalah mengenai penurunan pelbagai barang dimana barang itu sebenarnya memberi hasil yang tinggi kepada negara. Antaranya ialah memberi pemansuhan PTPTN, menurunkan tariff elektrik, penurunan harga kereta, memansuhkan tol dan banyak lagi agendanya.

Bukankah dengan cara ini, kantung wang negara akan susut teruk akibat tindakan itu? Dari mana pula sumber wang negara akan diambil? Dari kantung Petronas, PLUS atau Khazanah Negara? Untuk mentadbir satu negara pihak Kerajaan memerlukan sumber wang yang banyak demi untuk menampung perbelanjaan jabatan-jabatan yang ada.

Sebelum ini, pihak CUEPACS asyik membela kakitangan Kerajaan dengan cara mendesak pihak Kerajaan memberi imbuhan bonus, menaikkan kadar gaji, elaun dan lain-lain lagi. 

Apabila kantung Kerajaan sudah susut lalu bagaimanakah segala tuntutan CUEPACS ini bisa dipenuhi? Bagaimanakah pihak Kerajaan mahu membayar kenaikan gaji tahunan kakitangan Kerajaan jika tiada wang?

Jawapan mudahnya, akan berlakulah pengurangan kakitangan Kerajaan (terutamanya berbangsa Melayu) daripada sektor Kerajaan.

Bukankah idea ini telah dikemukakan oleh Tian Chua (Parlimen Batu - PKR)  pada masa lalu?

Jadi pada masa itu,  apakah nasib kakitangan Kerajaan? Disebabkan keghairahan menukar pemerintahan, akhirnya menjadi penganggur diwaktu muda.

Adakah golongan ini tidak difikirkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat sewaktu membuat Manifesto itu?

Hakikatnya sama sahaja seperti Hak Royalti Kelantan dan Hukum Hudud. Akan dituding jarinya kepada pihak lain untuk menutup kelemahan mereka sendiri.

Akhir kata, kakitangan Kerajaan jangan mudah YAKIN dengan Manifesto Pakatan Rakyat. Kerana "MANIFESTO BUKANLAH SEBUAH JANJI"

No comments:

Post a Comment