.

.

Pages

RETORIK HUDUD OLEH PAS

Monday, February 18, 2013


Isu hudud... MKT kerap diajukan persoalan demi persoalan tentang isu ini. Naik cemuih (loghat orang Utara) MKT hendak menjawabnya.

Semakin dihuraikan, semakin DUNGU pula MKT lihat tatacara orang-orang Pakatan Rakyat ini, khususnya kepada penganut-penganut ajaran PAS.

Kali ini MKT hendak tamatkan isu hudud ini dengan satu sahaja persoalan.


Pada tahun 1974-1978, PAS telah bergabung dengan UMNO membentuk Kerajaan. Satu sahaja persoalan yang MKT hendak lemparkan ke muka trooper-trooper PR ini. Mengapa pada masa itu, TIADA seorang pun ahli-ahli Parlimen yang mewakili PAS mengusulkan perkara HUDUD ini? Sedangkan pada masa itu, PAS adalah joint venture dengan UMNO...

Mengapa pula isu ini dibangkitkan sewaktu PAS menjadi pembangkang tegar didalam Parlimen? Bukankah itu RETORIK namanya?.

PAS membohongi para pengikutnya akan janji-janji manis hudud sedangkan mereka menyembunyikan fakta bahawa mereka sebenarnya SEMEMANGnya TIDAK MAMPU.

PAS jika bertanding sebanyak 222 kerusi tu, MKT rasa ada peluang hendak menaruh kepercayaan bahawa mereka beria-ia hendak memerintah negara. Tetapi setakat bertanding sebanyak 66 kerusi (jika menang semua sekalipun) masih TIDAK mampu hendak tadbir hatta suku drpd negara. 

Bukankah itu adalah angan-angan KOSONG yang ditaburkan untuk mengaburi mata penyokong PAS selama ini? 

Tiada sesiapa pun yang hatinya tunduk kepada kalimah Allah, beriman kepada Nabi Muhammad akan menolak mentah-mentah undang-undang yang telah diTETAPkan oleh Allah didalam Al-Quran. Hatta Najib Tun Razak sendiri pun mengakuinya.

Cuma biarlah kena dengan tempatnya, masanya dan ketikanya...

Sanggupkah PAS melontarkan negara Mesir itu adalah negara KAFIR kerana Mesir juga TIDAK melaksanakan undang-undang hudud?

Padahal Mesir adalah antara negara yang paling awal menerima Islam daripada Malaysia. Jadi mengapa perlu dipolitikkan perkara ini?

Jadi, henti-hentikanlah RETORIK HUDUD ini. Rakyat akan jadi semakin keliru dengan isu ini. Kasihanilah rakyat...

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.