.

.

Pages

DIMANAKAH NILAI PAS SEBENARNYA?

Thursday, February 28, 2013


Terkesima sebentar MKT bila terpandang keputusan oleh ramalan pemerhati politik antarabangsa akan senario politik di Malaysia. Bertambah-tambah lagi bila melihat keadaan parti pemerintah idola MKT terus corot sehingga mendapat CUMA 64 buah kerusi sahaja??



Bila ditimbal kembali apa ramalan pemerhati politik antarabangsa ini maka dapatlah kita membuat satu kesimpulan yg mudah. Tidak perlu berfikir panjang-panjang dan ianya hanya akan membuang masa sahaja.

Baiklah... mengikut statistik seperti di atas, PKR mendapat 68 buah kerusi, PAS pula mendapat 47 buah kerusi dan DAP mendapat sebanyak 41 buah kerusi. Mengikut lunas Perlembagaan Malaysia, parti PKR adalah yang layak untuk menduduki kerusi Perdana Menteri.

Persoalannya, apakah nilai PAS sebenarnya? Menjadi Timbalan Perdana Menteri tidak mampu mengubah apa-apa jua dasar kerajaan. Apakah segala janji-janji serta dasar parti PAS untuk Negara Islam/Kebajikan akan terlaksana? Sedangkan kita tahu yang dasar Pakatan Rakyat TIDAK mengandungi hatta sepatah perkataan sekalipun untuk menubuhkan negara Islam.

MKT teringin hendak melihat PAS mengotakan janji-janji mereka berkenaan menegakkan undang-undang HUDUD. Dilaung-laungkan di setiap ceramah mereka. Tetapi bila melihatkan ramalan diatas, nampak gayanya undang-undang HUDUD akan hilang ditiup bayu.

Ini adalah kerana bakal Perdana Menteri iaitu DS Anwar Ibrahim adalah seorang liberal dan sudah pastinya beliau TIDAK AKAN membantu PAS menjayakan pelaksanaan undang-undang HUDUD. Begitu juga dengan DAP. Adakah kita fikir DAP akan menyokong penuh permintaan PAS itu?

Paling mudahnya, kita kekalkan apa yang ada. Kerana benda Baharu ini adalah lebih banyak kelemahan daripada benda sedia ada.

Jadi renung-renungkanlah, dimanakah nila PAS sebenarnya...?

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.