MKT rasa sudah hampir 6 bulan majlis pecah tanah telah dilakukan oleh Menteri Besar Kelantan untuk projek Lebuhraya Rakyat. Majlis itu yang telah dirasmikan secara besar-besaran memang mengundang satu petanda yang baik untuk Kerajaan PAS Kelantan dan parti PAS secara amnya.
Bukanlah tujuan MKT untuk mencerca dan mengutuk projek tersebut cuma MKT amat terkilan kerana projek tersebut yang menggunakan duit kutipan daripada rakyat nampaknya masih tiada apa yang boleh dijadikan bukti kesungguhannya.
Mengikut maklumat yang MKT perolehi duit kutipan sudahpun mencecah melebihi RM1.3 juta. Kos keseluruhan projek tersebut adalah sebanyak RM1.8 billion ataupun 1,800,000,000. Jika ditafsirkan dalam bentuk peratusan pula, nampaknya kutipan selama 6 bulan ini tidak sampai 1 % dari keseluruhan projek. Cuba bayangkan dalam masa 6 bulan baru RM1.3 juta, agak-agaknya bila nak sampai sasarannya sebanyak RM1.8 billion?
Tetapi sayangnya tiada satupun pergerakkan kerja buat dapat dilihat bagi menyakini rakyat. Setidak-tidaknya, pacaklah tiang sebatang dua baru rakyat akan nampak kesungguhan Kerajaan PAS Kelantan. Takkanlah duit kutipan RM1.3 juta itu tidak mampu membeli barang hatta sebatang tiang pun? Setidak-tidaknya bersihkan kawasan yang akan dibina jambatan pun jadilah. Ini tidak, hanya batu pengasas sahaja yang mampu dibina.
Sepatutnya sebagai pencetus idea projek lebuhraya rakyat ini, Nik Aziz WAJIB melaburkan sejumlah wang yang banyak demi membuktikan beliau sebenarnya bersungguh-sungguh untuk menjayakan projek ini. Tetapi sayangnya, hasil pelaburannya keatas projek ini hanya bernilai RM5,000 sahaja?
MKT ada bertanyakan kepada rakan MKT, jika hendak membuat sebatang jalanraya mengikut bajet sebanyak RM5,000 itu, berapa jauhkah beliau mampu buat? Jawapannya adalah tidak sampai pun 1/10 kilometer. Jika begitu, mengapakah seorang pencetus idea yang bernas ini hanya mampu melabur sebanyak 1/10 kilometer sedangkan lebuhraya itu panjang keseluruhannya adalah 73km?
Pada pendapat MKT, idea ini sungguh bagus tetapi ianya hanyalah retorik Kerajaan PAS Kelantan yang sebenarnya demi untuk memancing pengundi agar berterusan menyokong mereka untuk berkuasa.
Bukan apa, MKT rasa projek ini akan menjadi satu lagi projek PAS untuk bangsa Bunian dan bukannya untuk manusia.
7 ulasan:
pemimpin2 Pas memang pakar dalam perancangan melaksanakan projek mega...
dah beberapa kali tanah dipecahkan oleh pemimpin2 Pas yg mantop dalam tugas, perancangan yg sungguh terliti.. pasti disambut perasaan gumbira dan bertakeber beramai2 oleh rakyat jelata melihat kejayaan yg dibawa oleh Pas utk rakyat...
tapi sayang semua itu projek untuk golongan jin dan bunian.. itulah kelebihan Pas utk mengencing rakyat
pasti akan ada lagi projek mega pecah tanah utk rakyat..
Hebat Projek PUTAR ALAM. Adakah saya yang sudah lebih separuh abad berpeluang menggunakkan "LRNA" LEBUH RAYA NIK AZIZ
salam.. mohon pautkan blog saya ke blog tuan..ini link blog saya http://sangkakalajari9.blogspot.com
Mana MKT tahu kos dia 1.8 bilion ni MKT, agak2 la..xsampai 100KM pun..anggaran dlm 350M je..Ni le kalo UMNO punya projek. Kos 350M tapi mark-up sampai 1.8B.. kayo2..
http://www.ibnuhasyim.com/2012/08/husam-lebuh-raya-rakyat-kbkk-diteruskan.html
Mengapalah akal semua penyokong Pakatan Rakyat ini terletak di bawah lutut? Kos 1.8 billion ini adalah jumlah yang si Husam istiharkan dahulu. Jgn JUMUD sgt sehingga nmpk sgt kebangangan kamu tu yer..
350 million itu pun cuma anggaran. Kamu faham ke x akan mksd anggaran? Sila semak kembali kamus Dewan Pustaka jk msh buta perut akan mksd anggaran itu...
Boleh MKT bagi link yg husam katakan 1.8b?
HIhihi...Anonymous, Sila lihat link ini.... http://topengrakyat.blogspot.com/2013/01/lebuhraya-percuma-tampa-tol-kerajaan.html
harap pas ni, fikir2 lah dulu sebelum nk pangkah yer....
Post a Comment