Pages

Tuesday, November 20, 2012

ISLAMIK SANGATKAH PAS ITU?


Nik Aziz dengan takburnya menuduh UMNO adalah tidak mempunyai agama dan Tuan Guru Hj Hadi Awang pula menuduh UMNO sebagai khurafat. Begitu mudahnya mereka meletakkan label sesama saudara seagama, sebangsa dengan mereka. Inikah cara Islam yang sebenarnya?


Jika begitulah sikap PAS maka layakkah PAS ditafsir sebagai sebuah parti Islam? Jika PAS ini benar-benar menghayati Islam, sudah pastinya perkara UTAMA yang difikirkan adalah penyatuan Ummah bukannya perpecahan Ummah.

Keduanya, sikap assobiyah didalam PAS dimana golongan ulama mereka umpama TIADA salah atau lebih mudahnya MAKSOM dari apa jua kesilapan sedangkan ulama-ulama itu hanyalah manusia biasa sahaja. Yang membezakannya adalah ilmu yang 'ter'lebih sedikit daripada manusia biasa.



MKT juga teringat akan soalan malaikat Mungkar dan Nakir di alam barzakh dimana soalan-soalan kedua-dua malaikat itu berkisar tentang tauhid si anak Adam.

Antara soalannya :

i)   Siapakah Tuhan kamu? 

ii)  Siapakah Nabi kamu? 
iii) Apakah agama kamu? 
iv) Apakah kiblat kamu? 
v)  Siapakah saudara kamu? 
vi) Apakah pegangan iktikad kamu? 
vii) Apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?


Pada hemah MKT, para pengikut PAS akan lebih teruk menjawabnya kerana kedangkalan mereka mengamalkan Islam secara betul kerana...


UMNO tidak pernah mendabik dada yang UMNO itu adalah Islam dan Islam itu adalah UMNO seperti mana yang PAS lakukan sebelum ini.

UMNO juga tidak pernah hatta sekalipun selama 55 tahun memerintah negara, tidak ada seorang daripada ilmuwan UMNO mendoakan kebinasaan parti PAS. Bagaimana pula PAS tergamak mendoakan kepada saudaranya sebegitu rupa?

UMNO juga tidak pernah mendabik dada menyatakan kami begitu arif menafsir ayat-ayat Al-Quran mengikut kehendak sendiri sepertimana yang ulama-ulama PAS lakukan.

UMNO juga tidak pernah melakukan penghinaan terhadap kiblat dengan mengibarkan poster politik di Mekah dan Madinah.

UMNO juga tidak pernah menganggap Nabi Muhammad itu seperti mamat-mamat kampung seperti mana ulama teragung PAS tafsirkan.

UMNO juga tidak pernah menganggap para pengikut PAS adalah bukan saudara seagama sepertimana para pengikut PAS labelkan kepada pengikut UMNO. Sehinggakan ayam sembelihan pengikut UMNO diHARAMkan atas alasan UMNO itu kafir.

Dan yang terakhirnya, UMNO juga tidak pernah menghina Allah dengan melabelkan Tuhan juga mencarut sepertimana manusia.

Jadi, bagaimanakah PAS boleh menganggap mereka itu lebih Islamik daripada UMNO? Walaupun UMNO tidak menyasarkan perjuangan agama didalam dasar partinya tetapi lihat sahajalah begitu banyak bukti yang menjurus kepada pembangunan Islam biarpun perjuangan UMNO adalah berteraskan semangat kebangsaan.

Berlainan dengan parti PAS yang selalu mendabik dada, tertera jelas didalam Perlembagaan parti PAS akan memperjuangkan Islam tetapi pada hakikatnya ianya hanyalah ibarat fatamorgana. Illusi kepada para pengembara ditengah padang pasir.

Adakah orang-orang UMNO tidak mengucap dua kalimah syahadah? 

Adakah orang-orang UMNO tidak menunaikan solat?

Adakah orang-orang UMNO tidak menunaikan puasa?

Adakah orang-orang UMNO tidak menunaikan zakat?

Adakah orang-orang UMNO tidak mengerjakan Haji?

Jika kelima-lima Rukun Islam itu orang-orang UMNO lakukan, mengapa perlu dipertikaikan status agama orang-orang UMNO? Adakah kerana tidak melaksanakan hukum Hudud sahaja maka terlerai kesemua Rukun Islam yang telah dilakukan itukah?


Kesimpulannya, orang-orang PAS juga sebenarnya BUKAN begitu Islamik juga sebenarnya dan orang-orang UMNO juga sedemikian. Tetapi yang membezakannya adalah orang-orang UMNO menggunakan akal yang dikurniakan-Nya tetapi orang-orang PAS menggunakan kepala semata-mata.

Wallahhua'lam...

3 comments:

  1. UMNO parti sekular, itu shj yg membezakan antara parti yg berlandaskan Islam atau tidak..xperlu bersusah payah taip banyak2



    ReplyDelete
  2. Err...tahu ke x makna sekular tu sebelum MKT nk komen ni?

    ReplyDelete