.

.

Pages

PAS LANGKAWI GADAI PRINSIP DEMI KUASA?

Thursday, July 19, 2012


Tajuk diatas sememangnya sesuai diberikan KHAS kepada Pakatan Rakyat kerana sememangnya itulah cara mereka memegang satu-satu prinsip. Dari awal pergabungan sehingga ke perkara yang remeh temeh seperti bendera parti masing-masing.

Apa yang MKT hendak ulaskan adalah keadaan upacara menaikkan bendera parti di salah sebuah markas di Langkawi.

BENDERA YANG DITENGAH-TENGAH
Semasa kehadiran Timbalan Presiden PAS iaitu Mat Sabu, dinaikkan bendera PAS dan berkibar megah diangkasa. Dikuti dengan sorak sorai laungan para penjilat parti PAS menyambut kibaran bendera kemegahan PAS.

MKT ingatkan kibaran itu akan berterusan tetapi bak kata pepatah, ingatkan panas hingga ke petang rupanya hujan ditengahari. Rupa-rupanya ianya hanya seketika cuma.

Bilamana kehadiran pemimpin Pakatan Rakyat ataupun Penasihat Parti Keadilan (PKR) iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, keadaan bendera PAS yang selama ini megah berkibar telah diturunkan untuk  memberi laluan kepada bendera PKR pula mengambil tempat.

Sampai ke sekarang bendera tu masih lagi berkibar megah.

SEBELUM NI BENDERA PAS YANG BERKIBAR MEGAH,
MENGGUNAKAN TIANG YANG SAMA
MKT boleh agak la yang jika ditakdirkan Lim Guan Eng datang pula ke Langkawi, sudah semestinya bendera PKR akan diturunkan juga demi memberi laluan kepada bendera DAP berkibar megah.

Ini membuktikan bahawa PAS sanggup melakukan apa sahaja demi hendak berkuasa hatta menurunkan lambang kebanggaan PAS iaitu benderanya kepada PKR. Setahu MKT, bendera Islam ataupun panji-panji adalah sesuatu yang WAJIB dipertahankan semasa berperang demi untuk menaikkan moral para pejuang.

Berlainan dengan PAS, begitu tega membiarkan bendera PAS yang boleh dikatakan yang terbesar di Langkawi diturunkan dengan begitu tidak bermaruah.

Dimanakah prinsip PAS dalam mempertahankan simbolnya? Nampaknya PAS sudah kehilangan jati diri dari mengikut citarasa Islam dan menggantikannya dengan jati diri citarasa nafsu semata-mata.

Wallahualam...

1 ulasan:

Anonymous said...

kami mengamalkan sikap berjimat cermat, jgn membazir, bendera je pun..itu pun nak kecoh??da xda isu ker?

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.