Sebenarnya MKT berasa cukup simpati kepada warga Pulau Tuba dan pulau-pulau sekitarnya dimana boleh dikatakan setiap hari menggunakan janakuasa untuk menjana tenaga elektrik disetiap rumah dan premis disekitar pulau tersebut.
MKT juga tertanya-tanya mengapa tiada cadangan untuk menambahbaikan janakuasa tersebut? Menurut sumber yang MKT dapat, janakuasa tersebut masih lagi beroperasi dan menggunakan tenaga yang dijana oleh diesel.
Mengapa tidak dibina sahaja sistem SOLAR HYBRID di pulau tersebut untuk menggantikan janakuasa yang boleh dianggarkan usianya melebihi sedekad ataupun dua dekad umurnya?
Bagaimana pula sebuah kepulauan yang mempromosikan pelancongan sebagai mata pencariannya, masih lagi menggunakan "old school system" untuk menjana tenaga elektrik? Tidakkah itu pelik...
MKT terbaca sistem ini telah digunapakai oleh kepulauan sekitar Mersing, Johor dan juga satu dua tempat di Sarawak seperti Lundu. Mengapa tiada usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk menaiktaraf kehidupan masyarakat sebagaimana slogan Kerajaan Negeri sebelum ini iaitu Kedah Sejahtera?
Masih lagi mengharapkan Kerajaan Pusat untuk menguruskan segala perkara yang berkaitan lingkungan kuasa Kerajaan Negeri.
Jika Kerajaan Negeri begitu prihatin akan nasib rakyat jelata, sudah pastinya perkara ini akan dibawa ke meja rundingan antara Kerajaan Negeri dan Tenaga Nasional. Tetapi sayangnya...TIADA!!
Mungkin kerana Pulau Tuba dan pulau-pulau sekitarnya tiada balak ataupun cukai pintu yang perlu dikutip oleh Kerajaan Negeri maka masalah ini dipandang sunyi oleh pihak yang sepatutnya menghulurkan penyelesaian.
Mengikut maklumat yang MKT perolehi, jika Kerajaan PR ini berjaya ditumbangkan, Kerajaan yang baru akan berusaha membawa perkara ini ke meja rundingan dengan pihak Tenaga Nasional.
Opss...jangan cepat menuduh kepada Kerajaan dahulu yang memerintah, mengapa tidak dibangunkan sahaja sistem solar hibrid ini? Jawapannya mudah sahaja...Jika semua permasalahan penduduk telah diselesaikan oleh Kerajaan dahulu, mana mungkin rakyat dapat melihat kelemahan pentadbiran Kerajaan sekarang?
Bagi MKT, kadang-kadang perlu tinggalkan sedikit najis demi untuk melihat bagaimana orang lain membasuhnya samada lebih bersih dari sebelumnya atau sekadar sembang ja lebih....
Nampaknya seperti pilihan kedua yang mampu Kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Kedah buat selama ini. Hanya pandai sembang semata-mata.
Wallahualam...
Lihat sendiri keberkesanannya sistem ini : Di Sini
Cantik cadangan Tuan:-)
ReplyDeleteBab letrik kat PulauTuba ni memang seksa.
Jeti baru Tuba ngn Kuah berapa minit ja nek bot.
Tarik kabel letrik dasar laut jaa..dekat sangat..lalu kot Bagan Nyiok..
Tuba memang xda balak, sbb 3/4 pulau di gazeette EcoGeo Park..
Tarik kabel letrik melalui bawah laut, kos nya terlalu tinggi tp bila dibina solar hidro, kosnya MKT dpt taw lebih murah. Persoalannya mengapa kerajaan Negeri tiada usaha nk membawa TNB ke meja rundingan? Itu yg menjadi persoalannya...
ReplyDelete"bila dibina solar hidro, kosnya MKT dpt taw lebih mura"???seperti MKT ni engineer yg supply grid solar tersebut..Tahukah berapa kilowatt shj yg dpt dijanakan setiap grid? utk sebuah rumah shj melebihi 100K kosnya, ditambah dgn maintenance kos yg agak mahal berapa pula..bagaimana boleh dikatakan murah?? company saya adalah penyedia grid solar ke rumah2..selalunya hanya org2 kaya shj yg menggunakannya. apatah lagi hendak dibina sebuah LOGI..berapa bilion kosnya?
ReplyDelete