.

.

Pages

AZHAR IDRUS ANTI HADIS?

Monday, July 23, 2012


Bila dikatakan ulama-ulama ataupun para ustaz didalam PAS itu suka-suka hati membuat fatwa sendiri tanpa merujuk Al-Quran dan hadis, sudah pastinya akan ada manusia yang memberontak menafikan kenyataan tersebut. 


Di Malaysia adalah golongan umat Rasulullah yang memegang fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah yang terasnya adalah daripada Al-Quran dan hadis Rasulullah. Tetapi ada pula seorang hamba Allah ini yang cuba menolak hadis dan membuat hukum cara tersendiri. (seperti gambar diatas)

Siapakah yang lebih mulia, Ustaz Azhar Idrus ataupun baginda Rasulullah? 


Sepatutnya beliau harus menerangkan secara sempurna akan pertanyaan si penanya dengan memberikan penjelasan yang kukuh. Bukannya seperti melepaskan batuk di tangga sahaja.


“Sesungguh Bilal azan pada waktu malam (azan pertama Subuh, sebelum masuk waktu). Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda: “Makan dan minumlah sehingga Ibn Ummi Maktum azan, kerana beliau tidak akan azan melainkan setelah masuk waktu fajar (subuh)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini menunjukkan pada zaman Nabi s.a.w ada dua kali azan bagi waktu subuh. Ini seperti yang diamalkan di kebanyakan dunia Islam terutamanya Mekah dan Madinah. Azan pertama sebelum masuk waktu, ia dilaungkan oleh Bilah bin Rabah. Azan kedua, oleh sahabat Nabi s.a.w yang merupakan seorang buta, beliau Abdullah ibn Ummi Maktum. Maka Nabi s.a.w mengizinkan seseorang yang hendak berpuasa itu makan sehingga azan kedua, iaitu masuk waktu subuh yang sebenar, maka barulah berhenti.

Manusia sebeginilah sebenarnya mengelirukan umat akhir Zaman ini dengan pelbagai dakyah-dakyah yang akhirnya akan memecahbelahkan kesatuan umat Islam.

MKT sedar ilmu MKT tidak setinggi ilmunya tetapi beza MKT dengannya adalah satu sahaja iaitu MKT tidak berani hendak membuat fatwa baru yang bertentangan dengan Al-Quran dan hadis.

Jika perihal puasa pun beliau cuba berikan jawapan yang mengelirukan, bagaimana pula dengan permasalahan tentang masalah agama Islam yang lain? Tidakkah ianya perlu difikirkan semula akan kebenarannya?

MKT syorkan agar beliau tarik kembali fatwa yang mengelirukan ini atau berikan penjelasan yang sebenar-benar penjelasan supaya rakyat mendapat manfaatnya.

Wallahualam...

17 ulasan:

Anonymous said...

Ibnu Dahlan..bahaya permainan saudara..saudara menggunakan hadis rasul untuk spin..kita bukanlah org yag layak untuk menghuraikan maksud hadis tersebut,elok saudara rujuk kepada org yg lebih arif tentang hadis sebelum anda postkan artikel ni di blog anda..saya tidak nak menyebelahi mana-mana pihak,cuma ini pendapat ikhlas saya..

Anonymous said...

Ibnu dahlan kan lebih arif dr ustaz Azhar Idrus..baru dia boleh spin..x gitu?

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

siapa Albani yang suka2 mensahihkan hadist tu? muhaddissin ke dia? ke mamat tukang buat jam...huhu

Anonymous said...

MKT amik je hadis yg boleh digunakan beliau, beliau bukan faham pun maksud sebenarnya, tafsirkan ikut otak pala lutut dia ja

Anonymous said...

وَمِنَ النَّاسِ مَن يَشْتَرِي لَهْوَ الْحَدِيثِ لِيُضِلَّ عَن سَبِيلِ اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَيَتَّخِذَهَا هُزُوًا ۚ أُولَٰئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ مُّهِينٌ

"But there are among men those who patronize RIDICULOUS HADITHS (لَهْوَ الْحَدِيثِ) without knowledge (thereby) misleading from the Path of Allah and throwing a butt of mockery: for such there will be a humiliating Penalty" (Sura Luqman:6)


PROPHET ORDERED DRINK OF CAMEL'S URINE?

YOU ARE DISGUSTING AND GOING TO HELL FOR DEFAMING OUR BELOVED PROPHET!!


By Abu Qilaba : Anas said, "Some people of 'Ukl or 'Uraina tribe came to Medina and its climate did not suit them. So the Prophet ordered them to go to the herd of (Milch) camels and to DRINK THEIR milk and URINE (as a medicine). So they went AS DIRECTED and after they became healthy, they killed the shepherd of the Prophet and drove away all the camels. The news reached the Prophet early in the morning and he sent (men) in their pursuit and they were captured and brought at noon. HE (PROPHET) THEN ORDERED TO CUT THEIR HANDS AND FEET (AND IT WAS DONE), AND THEIR EYES WERE BRANDED WITH HEATED PIECES OF IRON, THEY WERE PUT IN 'AL-HARRA' AND WHEN THEY ASKED FOR WATER, NO WATER WAS GIVEN TO THEM." Abu Qilaba said, "Those people committed theft and murder, became infidels after embracing Islam and fought against Allah and His Apostle."; Sahih Bukhari Volume 001, Book 004, Hadith No. 234

Is this what you called authentic?

One must ask WHOSE AUTHENTICITY is in question here?

The "PROPHET" or the "PERSIAN HADITH COMPILERS"?

Upon which verses rests your FAITH or Imaan?

The "AL-QURAN" or "AL-BUKHARI & OTHER PERSIAN SCHOLARS"?

OPEN YOUR EYES AND SEE WHAT THE KUFR DID TO OUR PROPHETS!!

The hadith is the virus to change the Quran, and divided the Muslim Ummah!


A Study of the Qur’an, Brother Mohammed Abdul Malik:

To understand the background to the development of Hadith literature one must sift through the history of Islam from about 250 years after the time of our Prophet… during the first century of the Prophet's era no hadiths were written down… Stories circulated by word of mouth but they were never written down ... some 250 years after the fact, Bukhari supposedly managed to trace back to its source (i.e. the Prophet) by establishing all the links in a chain which cannot possibly have been genuinely reconstructed! How he (Bukhari) managed to do this without written records, bridging a gap of about eight generations, and simultaneously establishing not only biographical data but also a compelling analysis of the mental faculties of his subjects defies belief! One can quote several hundred hadiths that not only contradict the Qur’an but also clearly do damage to the Prophet's good name.


PROPHET LEAVE US THE HADITH?

Narrated By 'Abdul 'Aziz bin Rufai' : Shaddad bin Ma'qil and I entered upon Ibn 'Abbas. Shaddad bin Ma'qil asked him, "Did the Prophet leave anything (besides the Qur'an)?" He replied. "He did not leave anything except what is Between the two bindings (of the Qur'an)." Then we visited Muhammad bin Al-Hanafiyya and asked him (the same question). He replied, "The Prophet did not leave except what is between the bindings (of the Qur'an)."; Sahih Bukhari Volume 006, Book 061, Hadith No. 537.


Conspiracies against the Quran
http://www.free-minds.org/sites/default/files/Conspiracies.pdf

http://www.sahih-bukhari.com/Pages/Bukhari_8_82.php

Unknown said...

memang ramai pun yang tampil nak membela UAI sedangkan banyak perkataan UAI yang bercanggah dengan Hadis..Alasannya,dia ikut kaedah ilmu mazhab syafie..atau dengan kata lain taqlid..sedangkan fuqaha bermazhab syafie,contohnya imam nawawi,ibnu hajar al asqalany sendiri banyak menyanggah pendapat imam syafie kalau benar pendapat imam syafie menyanggahi hadis sahih..Imam syafie pun awal2 lagi dah menyatakan ("Jika ada hadis yang lebih baik dari hadisku ini,campakkanlah hadisku ke dinding")..Mengikut perhatian ana,UAI berhujah berdasarkan kaedah ilmu yang dia dapat dari kitab melayu lama,dan menyampaikan ilmu dia kepada orang awam tanpa dalil..Bila ada orang menyanggah pendapat UAI (bukan menentang tanpa dalil,dengan dalil!),maka ramai la fanatik mazhab yang membela UAI walaupun pihak yang menyanggah UAI dah bagi nas dan dalil samada dari Al quran atau pun Hadis..Kita menyanggah pendapat UAI bukan la untuk menjatuhkan martabat dia,tapi cara ni la cara kaedah berilmu.Tak kurang sama sekali pun respek ana kat UAI semata-mata kerana pendapatnya kurang betul..Tidak sama sekali..Ilmuan tetap ilmuan..Yang tercela kita tolak jauh2,tapi pendapat yang baik dan benar dari UAI kita terima dengan dalil

Anonymous said...

http://www.qhazanah.com/?p=1546/index.html
semoga kita semua mendapat hidayahnya dari penerangan dari site tersebut. InsyaAllah

Anonymous said...

assalamualaikum...betul tu. pendapat saya penyampaian ustaz azhar idrus tak salah..cuma tak details sahaja.sekiranya nak memahami agama bukan bersandarkan pada orang perseorangan seperti ustaz azhar idrus sahaja dan meletakkan tanggungjawab pada seorang sahaja(ustaz azhar idrus). belajar ilmu Allah swt nie kene banyak guru dan banyak merantau dan banyak membaca. jadi jangan cari salah ustaz azhar idrus atau mana2 ustaz. kerana ilmu Allah ini luas. ilmu tuan itu patut dikongsi dengan ustaz azhar idrus atau lain2 ustaz supaya ustaz itu boleh memperbaiki diri@ update ilmu dia dan kita akan mendapat pahala sama. bukan cakap belakang. maaf...saya tak ade niat jahat cuma saya nak mengingatkan kita semua muslim yang perlu bagi peluang pada insan lain untuk mengembangkan dakwah. ustaz azhar idrus hanyalah pencetus manusia kearah kebaikkan.selebihnya bergantung pada kita@individu utk menambah ilmu dan mencari kebenaran. waallahuallam. waasalam...

Unknown said...

{MKT sedar ilmu MKT tidak setinggi ilmunya}
kalau dah tahu ilmu tak tinggi jangan suka hati mu post kat blog nanti buat orang keliru,lebih baik bertanya dengan ustaz,ulama atau mufti atau pun mu sendiri pergi duduk kat pondok ke belajar kat mesir ke belajar ilmu agama biar pandai ...mu paham dok..

Ibnu Dahlan said...

MKT sedar ilmu MKT tidak setinggi ilmunya tetapi beza MKT dengannya adalah satu sahaja iaitu MKT tidak berani hendak membuat fatwa baru yang bertentangan dengan Al-Quran dan hadis. (Biar habiskan setiap ayat wahai mazukims mat sulaiman)
MKT lebih suka merendah diri drpd mengakui diri itu bnyk ilmu padahal ilmu yg ada dlm diri hnyalah setakat tahi kuku sahaja. Bukankah itu mengelakkan diri drpd dicemari unsur RIAK? Adakah Islam mengajar kita agar RIAK dgn ilmu yg diperolehi? Sila jawab....

Unknown said...

Ikutlah sunah rasul mu...hayati lh firman tuhan mu..maka di situ ada petunjuk...

Wasahlan said...

Tuan : Jika beliau Salah, boleh beri teguran dan bukan tuduhan "ANTI HADIS", Tersangatlahlah berat tuduhan tuan. Ini boleh mendatangkan fitnah. Anti bermaksud "menentang". Apapun tuan atau pembaca lain silalah merujuk ke [http://www.qhazanah.com/?p=1546/index.html] untuk huraian lebih jelas. Saya percaya Ustaz Azhar Idrus mengangap penaya soalan itu adalah jahil agama. Dan memang cara beliau mengajar Agama kepada orang yang mahu berkenalan agama. Orang yang telah arif seperti tuan tidak akan bertanya soalah ini. Saya percaya jika berguru dengannya- huraian lebih jelas akan dapat diberikan. -Wallahualam-

Ibnu Dahlan said...

Terima kasih Wasahlan...Tujuan MKT memberi respons adalah BUKAN kerana ingin menegakkan benang yg basah tetapi tidakkah tuan membaca dan faham akan maksud posting tersebut?
Adakah MKT menuduh ataupun sekadar bertnya? Artikel dibawahnya pula adalah sbg ulasan setiap pertanyaan dan kemusykilan MKT. Jadi, dimana pula silapnya?

Anonymous said...

Bila berada di atas, pasti ada yang iri hati dibawah. Norma kehidupan sebagai manusia.

Anonymous said...

salam bro....zaman nabi ada dua azan subuh bro....baik g mengaji hal azan dulu...
azan pertama azan kejut owg bro..azan ke dua tunai solat bro...jgn buka fatwa sendiri dari hadis....hadis ini merujuk elok mkn dulu takut lapor ketika solat x khusyuk...ingat mkn ingat nk g mkn mana...

Anonymous said...

mkt... ulasan mkt sndri katakan azan d setetengah ngara islam ada dua kali.. dan ulasan tu sendiri kata boleh makan selagi x masok waktu... org post tu tnya bila azan msok waktu... memang kna bhenti mkan lah... rukun puasa tahu ke x? dan sunah rasulullah melewat lewatkan sahur tapi bhenti bila dah msok waktu... bkan nk bela uai... tpi dah mmang dia jwab brdasarkan post... dok wat pages fitnah dia buat ape? tahu ke x zaman fitnah mnfitnah ni brleluasa... ingat... dosa sesama umat hanya boleh d ampun sesama umat... sanggup ke nk merangkak kt akhirat cari si fulan yg d salahi utk mohon ampun?

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.