.

.

Pages

PEMBANGUNAN KEBANGGAAN PAS KEDAH DI LANGKAWI

Thursday, June 28, 2012

PADA AWALNYA...
Sebelum ini begitu gah PAS Kedah mewar-warkan akan pembinaan Maahad Tahfiz Sains di Pulau Tuba, Langkawi. Begitu hebatnya canang dipukul didalam surat khabar kebanggaan PAS iaitu Harakah mengenai kejayaan PAS Kedah membina satu pusat pendidikan berteraskan Islam di bumi Kedah.

Adakah ini satu kebenaran?


Selepas diselidik oleh rakan-rakan MKT di Pulau Tuba, rupa-rupanya pembangunan itu telahpun siap dibina.  Lagi awal daripada penubuhan Hotel Bajet MetroGiant milik PKB di Pekan Kuah.

Kos pembinaan Maahad Tahfiz itu adalah sebanyak 3.5 juta dan inilah hasilnya.

JADINYA PULA INI....
Sementara itu, Maahad Tahfiz Sains Darulaman akan di bina di Pulau Tuba Langkawi iaitu sekolah menengah yang menggabungkan pembelajaran sains dan Tahfiz Al-Quran.
“Sekolah ini akan memulakan sesi persekolahan untuk pelajar tingkatan satu seramai 60 orang pada pada Januari 2012. Saya difahamkan sambutan di luar dugaan sama sekali hingga terpaksa diadakan proses pemilihan,” katanya.
Para pelajar ini akan ditempatkan di sekolah sementara di Kulim sehingga pembinaan yang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat siap di Pulau Tuba dengan kos sebanyak RM3.5 juta
sumber :  wartakedah.net

Sudah pastinya ada dikalangan penyokong PAS Kedah akan menyeringai MKT dan mempertahankan bermati-matian Kerajaan PAS Kedah.

Sudahlah....terima sahaja hakikat yang Kerajaan Islam (kononnya) PAS Kedah mahupun PAS seluruh negara tidak mampu hendak menjalankan syariat dan pemerintahan secara Islam secara keseluruhannya.

Hanya yang PAS mampu buat tanpa ada bantahan adalah JUAL AIR LIUR sahaja di pentas-pentas ceramah.

Wallahualam...



10 ulasan:

Anonymous said...

http://www.wartakedah.net/index.php?option=com_content&view=article&id=1729%3Amenteri-besar-lawat-maahad-tahfiz-sains-darul-aman&catid=36%3Aberita&Itemid=67&lang=ms semak kat sini...

Anonymous said...

KULIM – Sebagai insan yang sebati dengan dunia pendidikan, Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak mencetuskan idea menubuhkan Maahad Tahfiz Sains Darul Aman (MTSD) di Pulau Tuba, Langkawi.

Bangunan yang lengkap dengan prasrana dan infrastuktur yang juga mampu menampung 300 pelajar bakal digunakan pada tahun 2015.

Ibnu Dahlan said...

Bagaimana pula dgn kenyataan MB dan warta kedah disini?
http://www.wartakedah.net/index.php?option=com_content&view=article&id=1361%3Amaahad-tahfiz-sains-pulau-tuba-akan-jadi-kenyataan&catid=36%3Aberita&Itemid=67&lang=ms
Nyata2 menyatakan Maahad tersebut akan memulakan sessi pembelajaran pada Januari 2012. Sila jelaskan pula salah faham ini?

Anonymous said...

jangan hanya tahu main tuduh sahaja.

“Sekolah ini akan memulakan sesi persekolahan untuk pelajar tingkatan satu seramai 60 orang pada pada Januari 2012. Saya difahamkan sambutan di luar dugaan sama sekali hingga terpaksa diadakan proses pemilihan,” katanya.

Para pelajar ini akan ditempatkan di SEKOLAH SEMENTARA di Kulim sehingga pembinaan yang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat siap di Pulau Tuba dengan kos sebanyak RM3.5 juta.

Anonymous said...

Melayu kedah terakhir AKA ibnu dahlan pergi x Konvensyen Media Sosial 1Malaysia Pulau Pinang?

Ibnu Dahlan said...

X dijemput dan MKT x tahu....

Anonymous said...

MKT kan blogger pro BN, mengapa mereka lupa menjemput MKT? dan mengapa blogger aktif seperti MKT tidak tahu akannya?

Ibnu Dahlan said...

Jawapannya mudah...MKT tidaklah sepopular blogger Kedah pro BN yg lain. Boleh kot alasan itu....?

Anonymous said...

Boleh kot? npknya MKT seorg blogger yg masih menggunakan perkataan "KOT" yg digunakan oleh org2 yg tidak mempunyai keyakinan diri..

Ibnu Dahlan said...

Terpulang kpd individu utk mentafsirkannya akan erti makna 'KOT' itu...

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.