.

.

Pages

PAS...SEBUAH PARTI CARCA MARBA

Tuesday, June 26, 2012


MKT lihat semakin lama penyokong-penyokong Pakatan Rakyat samada PAS, PKR mahupun DAP bagaikan langau-langau yang menghurungi seketul tahi. Apatah lagi didada laman sosial seperti Facebook. Berdengung kesana, berdengung ke sini tanpa arah dan tujuan. 

Kononnya membela perjuangan parti. Sedangkan para pemimpin atasan parti bersenang lenang bersenandung diatas takhta Kerajaan Negeri yang telah berjaya ditawan pada 2008.

Samada sedar ataupun tidak perbuatan mereka adalah masih lagi sama seperti zaman mereka dahulu iaitu MEMBANGKANG bukannya MEMBUAT PEMBAHARUAN.

MKT tidak mahulah melihat jauh kenegeri orang lain, cukuplah dengan melihat negeri tempat tumpah darah MKT iaitu Negeri Kedah Darulaman.

Apakah pembaharuan yang telah dilakukan oleh Kerajaan PAS Kedah?

Persoalan itu sepatutnya dipersoalkan oleh para penyokong Pakatan Rakyat kerana selama ini, boleh dikatakan TIADA pembaharuan dalam segala aspek untuk kebaikan rakyat negeri Kedah.

Dari segi perundangan negeri yang dahulunya dilabelkan oleh PAS sebagai undang-undang TAGHUT ataupun lebih mudahnya KAFIR. Adakah sedikit Pindaan yang menjurus kepada undang-undang Islam?

Adakah undang-undang yang melibatkan pemilikan tanah, harta ataupun apa-apa sahaja telahpun digubal agar selari dengan undang-undang yang disarankan oleh Islam?

Dari aspek pendidikan, seluruh rakyat negeri Kedah telahpun membuka mata dengan permasalahan KUIN yang ada kena mengena dengan kesilapan percaturan Ustaz Azizan mentadbir. Cuma yang masih lagi belum membuka matanya adalah penyokong-penyokong PR sahaja. yang masih lagi tega menafikan kebenarannya.

Bagaimanapula dengan Maahad Tahfiz Sains di Pulau Tuba? Pelajarnya sudah ada tetapi pembangunan hotel yang menjadi keutamaan Kerajaan PAS Kedah. Sanggup mengabaikan pendidikan ilmu demi mengejar keuntungan dunia.

Sudah terang lagi nyata hudud adalah permainan politik sempit PAS. Menjaja hingga ke hari ini kononnya ianya adalah satu kewajiban bagi setiap umat Islam. MKT tidak menafikan kebenarannya tetapi mengapa nada pelaksaan hudud amat jelas berlainan antara pemimpin-pemimpin atasan PAS?

Mengapa hudud bagi Nik Aziz adalah wajib, Hadi Awang pula 0.0001% daripada Islam, Ustaz Azizan pula belum tiba waktunya dan Nizar tiada dalam dasar perjuangan PAS? Ini tidak lagi MKT ambil kira pendapat daripada ahli-ahli PAS secara total.

Yang peliknya, para penyokong amat bersatu hati memperjuangkan hudud tetapi sayangnya   para pemimpinnya pula bersifat berdolak dalih dengan pelbagai alasan.

Inikah barisan kepimmpinan yang bakal menerajui negara dengan imej Islam kelak? Tiada kesepakatan antara pemimpin dengan ahli akar umbi. Sebuah parti carca marba yang bertopengkan Islam.

Sedarlah, niat UTAMA PAS adalah untuk menjatuhkan UMNO dan bukan niatnya menegakkan Islam di bumi Malaysia. 

Jika benar PAS ingin menegakkan Islam, mengapa perlu dipersalahkan UMNO dalam apa jua keadaan? Mengapa pula PAS tidak menjadi perintis membetulkan setiap kesalahan daripada UMNO?

PAS kerap melaungkan bahawa rakyat adalah semakin cerdik dan tahu membuat keputusan tetap mengapa PAS tidak berani menelan kata-kata itu? Sebaliknya berusaha menyebarkan dakyah, fitnah dan umpatan kepada UMNO. 

Adakah dengan cara itu PAS berkeyakinan untuk memerintah negara? 

Wallahualam.....



2 ulasan:

Hizamri Johari said...

KEDAH will implement hudud law in the state after Kelantan has done it, said state Islamic Religious, Education and Cooperative Committee chairman Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul.

He said although Kelantan had passed the law, it could not be implemented as the Federal Government had yet to give its approval.

“We want to see how Kelantan do it, then we will do it here,” he said in his winding-up speech for the 2012 Budget sitting here yesterday.

Kedah Mentri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak in his winding-up speech said a landowner whose land in Langkawi was seized after failing to pay quit rent arrears amounting to RM14mil in 2007 was now willing to pay RM20mil for it now.

http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2011/11/18/north/9929948&sec=north

Anonymous said...

Bila kerajaan yang hanya pandai berceramah dan membuat lawak-lawak sebagai tarikan kata-kata mrerka, inilah jadinya kerajaan tersebut. Nak kuasa tapi tak tau nak menjalankan kuasa. Lebih teruk, mentadbir pun tak seperti yang dulu. Adalah lebih baik PAs jadi pembangkang balik dan serahkan kuasa kepada yang reti mentadbir. Pergilah ceramah dengan penuh emosi, rakyat dah boleh menilai kerajaan mana yang boleh diharap dan kerajaan mana yang akan tertiarap.

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.