Terkejut MKT bila terbaca keratan akhbar berkenaan hutang Kerajaan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah sebanyak RM144.5 billion. Ianya satu jumlah yang cukup banyak. Jika ianya adalah benar, bagaimanakah nasib pekerja-pekerja yang menyimpan selama ini didalam KWSP? Akan kehilangan segala simpanannyakah?
Itu adalah cara-cara panik seorang yang berfikiran jumud dan naif bilamana terbaca keratan tersebut. Hakikatnya, ia bukan sebegitu.
Mungkin pihak Kerajaan telah mengambil dengan cara meminjam kewangan daripada KWSP untuk tujuan tertentu. Persoalannya, adakah sesiapa rakyat didalam negara ini yang pernah gagal dalam mendapatkan wangnya semula apabila pencen?
Sepanjang MKT hidup, tidak ada hatta seorang pun yang merungut wang KWSPnya tidak diperolehi ataupun tidak cukup.
Sepanjang pengetahuan MKT juga, wang-wang yang disimpan didalam KWSP akan dilaburkan ke syarikat-syarikat besar dan HALAL. Ianya adalah satu proses yang normal kerana, dari manakah KWSP hendak bayar dividen jika wang tersebut tidak dicairkan?
Seperti juga bank-bank yang wujud di dalam negara pada masa ini. Adakah ada yang masih lagi berfikiran setiap wang yang disimpan didalam bank tidak akan digunakan oleh pihak bank?
Jadi, usahlah terperdaya dengan agenda murahan dari anasir-anasir pihak sebelah sana yang tidak habis-habis memburukkan Kerajaan dalam apa jua situasi.
Wallahualam...
Patut le negeri yg diperintah olh depa tu miskin pape kedane, x pandai menjana pendapatan, semua benda yg kerajaan buat x betul melainkan mereka sahaja yg betul tapi x betui. Nasib baik dpt Selangor yg udah ade ior, kalau tidak x berior le Selangor. Pandai plk bagi ior free konon, rupe-rupe depe kene byor ngn SYABAS. coqodek buah-bawahan.
ReplyDelete