.

.

Pages

MAKLUMAT KERAJAAN TIDAK SAMPAI RUPANYA..

Saturday, June 23, 2012



Ada tiga orang wanita berbangsa Cina telah datang ke Klinik Kesihatan Daerah Langkawi pada hari ini dan bertanyakan berkenaan cas perkhidmatan dan ubat-ubatan yang akan dikenakan keatas mereka bila dikenakan rawatan. 

Mereka amat terkejut dan teruja apabila mendengarkan bahawa cas yang akan dikenakan keatas mereka hanyalah sebanyak RM0.00 sahaja. Dalam bahasa yang lainnya ianya adalah PERCUMA. Berbeza dengan kadar cas yang telah dikenakan keatas mereka dari pihak hospital swasta walaupun sekadar untuk mengambil ubat demam sahaja.

Pendapat MKT, ini mesti golongan-golongan muda yang telah ditipu oleh pengaruh-pengaruh NEGATIF dengan menjaja keburukan Hospital Kerajaan sebelum ini. Sebab itu minda anak-anak muda terutamanya berbangsa Cina begitu anti dengan setiap pembangunan dan pembaharuan yang telah dibawa oleh pihak Kerajaan.

Cuba renungkan seketika, mengapa ada segelintir yang berbangsa Cina ini begitu sanggup mengeluarkan belanja yang begitu banyak untuk membayar cas rawatan di hospital swasta? Mungkinkah disebabkan sebilangan besar profesion di hospital swasta adalah terdiri daripada golongan mereka juga? Siapa tahu....

Keluarkan kepada MKT senarai yang menunjukkan profesion yang berkhidmat di Hospital Swasta adalah terdiri daripada kalangan penyokong Kerajaan? Mungkin ada tetapi amat sedikit bilangannya.

Dari sudut perniagaan, sudah semestinya pihak hospital swasta akan berusaha menjadi pesaing utama kepada hospital Kerajaan. Mungkin juga ada politik perniagaan yang kotor turut dipergunakan untuk memburukkan Hospital Kerajaan.

Pada hemat MKT, kesedaran yang timbul daripada ketiga-tiga wanita berbangsa Cina itu menunjukkan bahawa Kerajaan dibawah pentadbiran BN sebenarnya tidak sezalim seperti yang dicanang-canangkan oleh pihak-pihak sebelah sana.

Masih lagi ada ehsan-ehsan daripada Kerajaan BN untuk rakyatnya. 

Persoalannya, adakah rakyat Malaysia ini tahu mensyukuri nikmatNya?

Wallahualam...


1 ulasan:

Anonymous said...

Dasar kerajaan BN bagus/Cuma yg tak bagus bila puak hijau yg kerja kat hospital kerajaan.Depa ni yg bagi BN rosak.Makan gaji kerajaan tapi pelece BN.

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.