Ini adalah kerana terbukti mereka lebih mementingkan keuntungan daripada mengembangkan syiar Islam seperti yang mereka kerap laungkan.
Pada 12hb Februari 2012 yang lalu, Ustaz Azizan melakukan 2 upacara pecah tanah iaitu di Pulau Tuba dan di Pulau Langkawi. ( Maahad Tahfiz Sains di Pulau Tuba dan Metro Giant Bajet Hotel di Pulau Langkawi )
MKT bukannya hendak mempertikaikan projek pecah tanah itu cuma MKT hendak mempertikaikan adalah dari keutamaan Kerajaan Negeri mendahulukan apa yang perlu.
Mengapa perlunya pihak Kerajaan Negeri menaikkan dahulu Metro Giant Bajet Hotel sedangkan dalam pada masa yang sama Kerajaan Negeri melaungkan Islam sebagai keutamaannya?
Adakah Maahad Sains Tahfiz Pulau Tuba itu tidak penting?
Mengikut maklumat dari pihak Kerajaan Negeri, pelajar untuk Maahad sudah ada dan mereka ini ditempatkan disebuah sekolah yang sama iaitu di Kulim. Bukankah ianya sudah ada pelajar dan mengapa pula tiada lagi satu pun pergerakan menaikan sekolah tersebut selepas upacara telahpun dirasmikan?
Berlainan dengan pembinaan Hotel Bajet Metro Giant yang sudahpun memulakan gerak kerjanya sejurus upacara Majlis Pecah Tanah tempohari.
Bukankah ini menunjukkan dengan jelas Kerajaan PAS lebih mementingkan keuntungan daripada pembangunan rohani rakyatnya?
Bukalah minda rakyat sekalian..PAS hanya mengaburi mata kalian dengan agama demi mengapai keuntungan dunia.
Bukalah minda rakyat sekalian..PAS hanya mengaburi mata kalian dengan agama demi mengapai keuntungan dunia.
1 ulasan:
ZAMAN PAS ADA KEMAJUAN..LA NI ZAMAN MUKRIZ BN ADA APA?????INSANIAH NAK TUTUP..MAAHAD TAHFIZ PULAU TUBA DIBERHENTIKAN..PIRAHHH
Post a Comment