.

.

Pages

KERAJAAN PAS PENAJA PUSAT MAKSIAT DAN ARAK DIKEDAH?

Thursday, June 21, 2012


MKT tidak menafikan bahawa premis ini telah ada yakni semasa pemerintahan BN lagi. Dan MKT juga tidak dapat hendak menafikan bahawa parti PAS adalah sebuah parti yang pertama bangun menentang anasir-anasir maksiat. Tambah-tambah lagi yang bertentangan dengan Islam.

Persoalan yang timbul adalah, bagaimana pula sebuah parti yang 'kononnya' memperjuangkan Daulah Islamiyah dan akhirnya telah berjaya membentuk Kerajaan tetapi GAGAL dalam menguruskan ataupun yang lebih tepat lagi menSIFARkan pusat-pusat maksiat di sekitar negeri Kedah?


MKT ingin bertanyakan kepada pihak Kerajaan PAS Kedah (ataupun tukang-tukang karut PAS) sudah berapa banyakkah pusat-pusat hiburan yang telah berjaya ditutup selama 4 tahun lebih menjadi pentadbir sebuah Kerajaan?

Usah beri alasan dangkal dengan mengatakan PAS Kedah baru 4 tahun memerintah dan menuding semula kegagalan ini di bahu UMNO.

Ini adalah kerana, dimanakah suara-suara yang dahulunya begitu lantang memukul canang ke seluruh negara membuat kenyataan bahawa akan menutup segala pusat-pusat yang ada ciri-ciri maksiat?

Dimanakah suara yang dahulunya berikrar akan menutup kilang arak terbesar di Malaysia iaitu kilang Carlsberg sebelum ayam berkokok?

Menurut undang-undang Pihak Berkuasa Tempatan, lesen pusat hiburan akan diperbaharui pada setiap tahun dan lesen minuman keras pula setiap 6 bulan.

Oleh yang demikian, mengapa Kerajaan PAS yang kononnya Islam itu masih lagi (sehingga sekarang) meneruskan pemberian lesen pusat-pusat hiburan dan arak?

Alasan pemberian lesen tersebut pada zaman Kerajaan BN dahulu agak naif  kerana jika ikut perkiraannya pihak berkuasa tempatan sudahpun meluluskan lesen tersebut sudahpun 4 kali dan lesen penjualan arak pula sudahpun 8 kali selama Kerajaan PAS mengambil alih tampuk kekuasaan.

Jadi, dimanakah laungan keislaman yang dijaja dahulu? Sudah PUPUS apabila memegang kuasakah?

MKT akan tinggalkan persoalan itu kepada Kerajaan PAS dan jawapannya kepada rakyat jelata negeri Kedah.

Yang pastinya, penghayatan Islam mengikut acuan PAS adalah hanya untuk mengekalkan kuasa memerintah sahaja sedangkan realitinya PAS memperalatkan agama untuk kepentingan nafsu dunia sahaja.

Wallahualam.....

5 ulasan:

Anonymous said...

Bosan. Blog penabur fitnah tanpa menggunakan akal yg bijak

Anonymous said...

BUAT ANON 903 TU. LU KALAU DAH TAK MAMPU NAK NAFI MEMANG MACAM TULAH AYAT STANDARD PUAK PARTI SESAT HAMPA. MACAM KES PUTRAJAYA LA. DULU NAK LELONG. LA KEMARUK NAK AMBIK. SAYA KUTUK SORANG SAUDARA TOTOK PAS KAT KAMPONG SAMPAI MULUT TERNGANGA.

Anonymous said...

penyokong ketegaq PAS ni bkn reti pa pun, qheja dok melangut x ketahuan, melangut smpai telan ayaq lioq firaun2 PAS....
kalau matematik 2x5=10 tp depa plak 2x5=50 mcm tu la otak penyokong ketegaq PAS ni...bodo sampai mampuih depa ni...

Anonymous said...

terima kasih tn. Blog handal tuan juga telah dipautkan.

Anonymous said...

PAS bukan Parti Islam, tp PAS parti gila kuasa..

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.