Pages

Monday, June 25, 2012

JIKA BUKAN KERANA TUN MAHATHIR....


Nasib baik betul kau Nizar diselamatkan Tun Dr Mahathir dari azab, kalau tak baru kau kenal langit ini tinggi ke rendah. Sekarang Sultan sudah murka menghendik Nizar dengan cetek akal. Kalau tidak tahu jangan memandai buat tahu.

Betul juga mamat ini memang terencat sikit, maksud PPM mencari populariti dengan cara terencat akal. Nasib baik Nizar Jamaluddin Diselamatkan Tun Dr Mahathir Dari Azab. Sepatut ucapkan ribuan terima kasih pada Tun jangan bodoh sombong sangat. 

Nak tahu bagaimana Nizar Jamaluddin Diselamatkan Tun Dr Mahathir Dari Azab?


MASA inilah yang paling sesuai, penulis tak nampak masa bila lagi yang boleh. Sebab dan alasannya mudah, kalau tak kerana pindaan perlembagaan 1993 yang dibuat Tun Mahathir Mohammad, yang menarik balik imuniti raja dari sebarang pendakwaan jenayah, nescaya kita semua tak tahu apa nasib Nizar hari ini.

Pada budak-budak yang tak tahu, penulis nak maklum disini, dulu raja-raja ada imuniti (selain kelebihan lain) yang menghalang tindakan undang-undang dikenakan ke atas mereka, walaupun yang melibatkan jenayah berat.

Bagaimanapun, pindaan perlembagaan 1993 menyaksikan imuniti ini ditarik balik tapi pendakwaan yang akan dibuat (kalau ada kesalahan), hanya boleh dilakukan di Mahkamah Khas dengan kebenaran Peguam Negara.

Lebih lanjut boleh periksa sendiri tapi isi pentingnya disini, raja-raja dulu ada imuniti yang kemudian di tarik balik oleh kerajaan Tun Mahathir. Pendek kata, dengan pindaan tersebut, raja tidak lagi kebal dari undang-undang – tidak seperti dulu.

Tak perlu penulis jelaskan apa yang boleh berlaku kalau imuniti itu masih ada, takut-takut ditafsir perkara bukan-bukan yang keluar dari tajuk perbincangan. Tak pasal-pasal nanti penulis pulak yang dituduh menderhaka.

Yang penting untuk semua orang tahu, institusi beraja di negara ini bukan perkara yang boleh dibuat main-main. Tak perlu dipersoalkan kenapa, sebab ini adat berketua yang terpakai hampir dimana-mana sahaja. Kalau Thailand jadi contoh, Nizar harus dah masuk penjara sekarang, paling koman 2 tahun.

Penyokong PAS umpamanya, tidak perlu diberi penerangan kenapa Nik Aziz perlu dihormati, sedikit bawah dari Tuhan. Itu ada berketua dalam PAS, buruk baik keluar dari mulut Nik Aziz perlu disokong, tak kira apa pun.

Kalau nak kritik sangat, perlulah dengan bahasa yang baik-baik dan berlapis-lapis.

Dalam soal bercakap tentang institusi beraja ini pun sama juga. Dulu cina, india, iban dan siapa-siapa pun di negara ini tak pernah persoal hal ini pun, sekarang ini saja kelompok ini semakin ramai, macamlah kalau dibuang negeri ke England, mereka tidak perlu hormat Ratu di sana. Masih kena hormat juga sebab itu peraturannya.

Tapi yang itu mereka boleh terima, yang disini sengaja nak diusiknya, menggunakan melayu sesat dan berdendam dengan institusi beraja macam si Nizar inilah.

Konon atas nama kebebasan bersuara, tapi kalau kita persoal Nik Aziz, hilang entah mana alasan kebebasan bersuara yang dibangga-banggakan sangat tu. Sebaliknya yang dapat ialah kutukan, makian dan selang seli ayat al-Quran kenapa Nik Aziz tidak boleh dikritik.

Kan bahalol namanya tu.

No comments:

Post a Comment