.

.

Pages

BUKTINYA PAS KEDAH MENGAMALKAN ISLAM

Wednesday, June 27, 2012


MKT tertarik dengan satu artikel yang dikeluarkan oleh blogger Pendekar Melayu berkenaan masalah pusat-pusat hiburan dan rumah urut yang sudah mulai tumbuh dengan begitu banyak di Selangor.


P. HIBURAN, ARAK, JUDI & RUMAH URUT DIBAWAH PKR SELANGOR

Sehingga 2008, Kerajaan BN telah dapat mengurangkan jumlah pusat hiburan daripada1125 buah permis kepada 700permis ini untuk mengurangkan gejala sosial yg meningkat tinggi di Selangor khususnya.

T,etapi sejak PR menang PRU12,jumlah itu tumbuh bagai cendawan selepas hujan dan 700 yg ditinggal kan Kerajaan BN bertukar menjadi berlipat ganda kepada 5917 (SILA RUJUK SIAPA YANG MELULUSKAN LESEN-LESEN TERSEBUT DARI 2008).

Kata dulang paku serpih, Mengata orang dia yang lebih

Pembangunan Yang dibanggakan oleh PAS Kedah selama 4 tahun memerintah
Apa bezanya dengan negeri yang dibawah naungan parti Islam (kononnya) PAS yang MKT tidak begitu menyangka akan meluluskan lesen-lesen pusat hiburan di Kedah dengan begitu rancak.

Walaupun MB Kedah menyatakan hanya 4 lesen hiburan tetapi itu yang diketahui tetapi bagaimana pula dengan yang tidak diketahui? 

Alasannya kempat-empat lesen tersebut adalah daripada pengusaha yang kembali aktif. 

Jika benar PAS ini mendaulahkan Islam, mengapa perlu diaktifkannya semula sesuautu yang cenderung ke arah maksiat?

Bukankah lebih baik dinyahaktifkannya terus dari bumi Kedah? Bukankah ianya bertentangan dengan ajaran Islam?

Walaupun diberi alasan untuk golongan YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM tetapi MKT ingin bertanya kepada Kerajaan PAS, sejauhmanakah penguatkuasaan tersebut dapat dicapai? Sedangkan MB sendiri pun tidak pernah turun padang untuk mengetahui keberkesanan penguatkuasaan tersebut?

Usah dituding jari kepada pentadbiran Kerajaan yang lalu kerana sebelum ini PAS sentiasa menuduh yang Kerajaan dahulu adalah Kerajaan Taghut, Kerajaan Anti-Islam dan pelbagai lagi gelaran. 

Pada hemat MKT, tidak kisah lah jika Kerajaan dahulunya membuka premis sedemikian kerana tidak melambangkan Islam.

Yang menjemput kehairannya, PAS adalah sebuah parti yang kononnya mempunyai tunjang Islam sebagai pegangannya gamak berbuat seperti apa yang Kerajaan dahulu lakukan.

Tidakkah ianya pelik dan mendengkelkan akal fikiran?

MKT yakin sudah banyak ahli-ahli PAS sendiri yang menolak cara kepimpinan PAS yang sudah mula meninggalkan asas perjuangan terdahulu demi mengejar satu matlamat. Bukannya menegakkan Islam tetapi hanya UNTUK MENGALAHKAN UMNO sahaja.....

Wallahualam...

11 ulasan:

Anonymous said...

Pas adalah parti Islam... UMNO adala Parti Sekular..... Elok Pas sikit je pada Umno.... Pilih lah yg terbaik dr kalangan yg baik.....

Ibnu Dahlan said...

Pembetulan...PAS adalah parti yg KONONNYA Islam dan UMNO pulak parti yg KONONNYA Sekular. Tp rakyat boleh pilih mana parti yg benar2 menjalankan syariat Islam dan parti yg sekadar Islam di mulutnya sahaja.....hihihihi

Ali said...

PAS pati isle, dlm Islam> Ciri-Ciri / Sifat-Sifat Munafik Manusia : 1. Apabila berkata maka dia akan berkata bohong / dusta. 2. Jika membuat suatu janji atau kesepakatan dia akan mengingkari janjinya. 3. Bila diberi kepercayaan / amanat maka dia akan mengkhianatinya. UMNO parti sekular? 1. Tidak bohongi rakyat 2. Janji-Tepat.3.Tanggung jawab yg diamanahkan utk rakyat dilaksanakan. Mana lebih Islamik?

Anonymous said...

anon 6/27/2012 09:09:00 AM, agama islam tak pernah ada mana2 parti dan x akan ada parti islam sampai bila2 pun..agama islam milik semua org muslim yg di redhai ALLAH s.w.t..mungkin kamu ni jahil dr beberapa segi bidang ilmu..dlm konteks islam sendiri pun tidak dibenarkan menghemburkan tuduhan2 atau cacian hina, palsu, fitnah dan menzalimi sesama umat islam..bertaubatlah..

Anonymous said...

siapakah yg memluluskan akta2 berkaitan judi dan arak? adakah kerajaan PAS ataupun pembangkang yg meluluskannya?
jngan lupa kita mewarisi apa yg telah diturunkan sejak UMNO "MEMERDEKAKAN" malaysia suatu ketika dahulu drpd TUANnya iaitu BRITISH

Ibnu Dahlan said...

MKT dan rakyat negeri Kedah tidak pernah menafikan bekas Kerajaan dahulu yg meluluskan akta2 arak dan judi tetapi ianya utk golongan BUKAN beragama Islam. Persoalan cepu emasnya pula, mengapakah Kerajaan sekarang iaitu PAS yang kononnya Islam sgt tu, x bertindak menutup dan memansuhkan akta2 tersebut? Malahan Kerajaan Islam PAS inilah yg lebih bnyk memberi ruang pembukaan premis2 baru di Negeri Kedah. Itu sedara x nmpk ker?

Anonymous said...

untuk memansuhkan dan meminda sesuatu akta itu bukan koje sonang bai. perlukan masa dan pelbagai kerenah birokrasi. sbb tu mencegah lebih baik dr mengubati. malahan kerajaan negeri dibatasi kuasa kerajaan pusat. itu perlu kita faham

Ibnu Dahlan said...

Tidak perlu membuat alasan jk taw x mampu nk ubahnya. Persoalannya, mengapakah Kerajaan negeri Perak mampu wat dan Kerajaan Kelantan dan Kedah x mampu? Biarpun undang2 tubuh disetiap Kerajaan negeri adalah berlainan, tetapi jk ianya adalah utk kebaikan dan bukannya atas tujuan simpati politik, adalah mustahil Kerajaan Persekutuan x akan membenarkannya. Ngaku je lah kelemahan diri sendiri. Buangkan sikap menuding jari kearah org lain atas kedhaifan diri sendiri....

Mampuker?

Anonymous said...

saya rasa tidak perlu membuang masa utk mengasingkan hasil drpd sumber haram dan halal. ianya akan merumitkan lagi kehidupan kita. Islam itu memudahkan ummatnya.
1. Seseorang yang menerima wang dari pihak yang lain hendaklah memastikan atas traksaksi apa wang itu diterima. Adapun urusan sebelum itu, yang tidak membabitkan diri penerima, maka itu tidak pertanggungjawabkan kesalahan itu ke atas penerima tersebut.
Umpamanya, kakitangan kerajaan yang bekerja dalam urusan yang halal dan mendapat gaji, maka gaji itu halal. Sekalipun kemungkinan sumber kerajaan dalam membayar gaji itu diambil dari kegiatan yang haram seperti perjudian atau arak atau seumpamanya. Ini kerana urusan haram itu tidak membabitkan diri penerima gaji berkenaan dan gaji itu diterima atas kerjanya yang halal, bukan aktiviti yang haram.
2. Hal yang sama, jika seseorang berhutang kepada kita, lalu dia datang membayar dari hasil wang haram yang diperolehinya seperti menang loteri. Kita halal mengambil hutang kita sekalipun dia bayar dari wang loteri berkenaan. Ini kerana yang haram ialah pemindahan wang dari syarikat loteri kepada yang berhutang, iaitu atas asas judi. Sedangkan pemindahan wang tersebut kepada kita, atas asas membayar hutang, yang tiada kaitan dengan judi.
Begitu juga, jika pengurus bank riba, atau taukeh judi atau taukeh arak datang ke kedai kita dan membeli barang atau makanan, halal kita menerima wang yang mereka bayar. Ini kerana wang itu diterima atas dasar jual beli, bukan judi, atau riba atau arak. Kegiatan yang salah ditanggung dosanya oleh pelakunya, sedang yang menjual barang halal kepada mereka tidak terlibat.
3. Asas dalam hal ini disebut oleh al-Quran (maksudnya):
“dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh sesuatu jiwa (seorang) melainkan dialah yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa orang lain”. (Surah al-An’am, ayat 164)
http://drmaza.com/himpunan_fatwa/?p=68

Ibnu Dahlan said...

Mengapa pula tidak perlu buang masa pula sdgkn itu adalah lebih efektif. Sekurang2nya ianya dpt memberi keyakinan kpd kakitangan Kerajaan yg semata2 makan gaji drpd sumber tersebut.
Bank yg berteraskan perbankan Islam sememangnya sudah mengasingkan antara dua sumber tersebut. Yg x laksanakan adalah Kerajaan Negeri Kedah dan Kelantan sahaja.
Err...sebagai seorg rakyat Kedah, salahkah MKT nk beri pendapat yg berguna kepada kepimpinan negeri demi hendak menyucikan dakyah2 tersebut yg diwar2kan oleh org ramai?

Anonymous said...

"Sekurang2nya ianya dpt memberi keyakinan kpd kakitangan Kerajaan yg semata2 makan gaji drpd sumber tersebut."???

sudah terang lagi bersuluh. MKT masih tidak faham ayat ini. xperlulah kita serabut susah payah memikirkannya

“dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh sesuatu jiwa (seorang) melainkan dialah yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa orang lain”. (Surah al-An’am, ayat 164)

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.