.

.

Pages

MAJLIS FATWA JAHIL? NIK AZIZ SAHAJA YANG ADA ILMU...

Wednesday, May 9, 2012



Berikut adalah kenyataan Nik Aziz tentang fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai BERSIH, 

“…apabila dikaitkan dengan himpunan BERSIH 3.0 yang dikatakan menimbulkan huru-hara, saya berpandangan bahawa kenyataan tersebut dikeluarkan dengan hanya menggunakan sebelah mata.”

Nik Aziz juga menuduh Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan sebagai tidak tahu menahu mengenai tuntutan BERSIH, tidak mendengar penjelasan ke dua belah pihak serta bersifat berat sebelah. 


Bahasa mudahnya ialah, bagi Nik Aziz, jika sesuatu keputusan itu tidak memberi keuntungan kepada PAS, maka secara automatik ia adalah tidak adil atau berat sebelah atau pembuat keputusan adalah orang yang jahil atau jahat.

Dalam erti kata lain, garapan pendapat 24 orang Ulama termasuk 14 Mufti adalah tidak setanding dengan pandangan seorang Ulama PAS, sekiranya ia tidak mengambil kira kepentingan parti PAS.  

Justeru, kita ingin bertanya Nik Aziz, atas dasar apa beliau menuduh ahli-ahli jawatankuasa majlis fatwa sebagai berat sebelah atau tidak tahu butiran terperinci mengenai BERSIH? 

Adalah tidak masuk akal bagi jawatankuasa tersebut untuk membuat fatwa tentang perkara yang menjadi permasalahan, tanpa terlebih dahulu mengkaji kesemua aspek mengenainya.  Pastinya, jawatankuasa ini telah mengambil masa meneliti, merujuk, membincangkan, menganalisa, dan memikirkan sedalam-dalamnya mengenai perkara tersebut sebelum mengeluarkan fatwa. 

Mereka bukannya budak-budak hingusan atau orang-orang yang tiada kelayakan, untuk mengeluarkan fatwa mengikut sesuka hati dengan hanya mendengar sebelah pihak.  Mereka cukup arif akan tanggungjawab dan amanah besar ke atas mereka agar memastikan fatwa yang dikeluarkan tidak sama sekali dipengaruhi emosi atau sentimen politik semasa. 

Ahli jawatankuasa tersebut juga bukan terdiri dari satu dua orang tetapi 24 orang kesemuanya yang kelulusan mereka adalah jauh lebih tinggi dari Nik Aziz sendiri. 

Maka adalah tidak wajar bagi Nik Aziz untuk menyamakan ahli jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan dengan Ulama-ulama PAS yang begitu mudah mengeluarkan fatwa sesuka hati mengikut emosi dan kepentingan parti.   Sedangkan, tidak semua Ulama di Malaysia ini gila politik seperti Ulama PAS dan tidak semua orang dungu seperti pengikut-pengikut PAS. 

Nik Aziz harus sedar bahawa di luar ‘dunia PAS’ yang sempit itu, manusia masih boleh bertindak secara rasional dan professional tanpa mengaitkan segala-galanya dengan politik.  Hanya di dalam dunia PAS sahaja di mana manusia melakukan segala-galanya atas nama politik dan juga nafsu kerana di dalam dunia PAS, akal adalah tidak perlu sama sekali.

P/S DARI MKT : PELAJAR UNIVERSITI DEOBAND TU, JANGAN LAWAN KEWARAKKAN BELIAU WALAUPUN TERBUKTI BELIAU BERSALAH. SELEPAS INI AKAN ADA TUDUHAN BAHAWA PIHAK MEDIA SALAH SALUR MAKLUMAT PULAK YANG KELUAR DARI MULUT NIK AZIZ

3 ulasan:

Anonymous said...

Cuba tanya Nik Ajis bila dia buat fatwa dia ada rujuk sesiapa tak? Ini lagi biul punya org tua, buat fatwa ikut suka hati dia aje, untuk kepentingan dia orang sahaja. Macam dia kata tuhan pun mencarut, dari kitab mana yang dia rujuk, dengan siapa dia berbincang.

Anonymous said...

keluarkan fatwa yg ajaran nik aziz SESAT ....kumpulkan bahan dan segala ucapan nik aziz yg menyesatkan itu utk pengetahuan umum dan desak majlis fatwa dan pihak yg berwajib utk mengklasifikasi kan ajaran nik aziz itu sesat dan wajar diambil tindakan keatasnya....seorang waliAllah tidak akan memecah belahkan sesama umat islam dan tidak memihak kpd syaitan yg terang terangan sudah sesat lagi menyesatkan. BLOGGER YG MENDAPAT PENCERAHAN DARI ALLAH INI JIHAD ANDA....BERJIHAD LAH DEMI ALLAH,RASUL DAN ISLAM.

Ibnu Dahlan said...

Terima Kasih MKT ucapkan atas sokongan semangat yg pembaca berikan. Insyallah...MKT meakili blogger2 seluruh Malaya akan membongkar lagi kesesatan Nik Aziz menyebarkan fatwa2 songsangnya....

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.