.

.

Pages

LGE RELA PUJUK DEMI KUASA?

Wednesday, May 16, 2012


TINDAKAN LIM GUAN ENG YANG MAHU MEMUJUK BEKAS NAIB PRESIDENNYA IAITU  TUNKU AZIZ BOLEH DIKATEGORIKAN SEBAGAI DESPERADO HOPESINI

IANYA ADALAH KERANA LIM GUAN ENG SEDAR YANG JIKA DIBIARKAN BEGITU SAHAJA AKAN PERKARA INI, BAKAL MENYEBABKAN DAP AKAN KEHILANGAN SOKONGAN DARI KAUM MELAYU.


TAMBAHAN PULA DENGAN SERANGAN MEDIA PRO KERAJAAN YANG MENEMPELAK PARTI DAP SEBAGAI PARTI PERKAUMAN AKAN LEBIH NAMPAK KETARA DENGAN KETIADAAN TUNKU AZIZ.

PADA PENDAPAT MKT, PADA WAKTU INI TUNKU SEMEMANGNYA DILIHAT SEBAGAI ANGSA EMAS MELAYU DIDALAM DAP. INI ADALAH KERANA PENGARUH TUNKU UNTUK MENARIK PENGUNDI DARI KAUM MELAYU SEBAGAI SATU STRATEGI AMPUH UNTUK MENAWAN HATI MELAYU. WALAUPUN TUNKU BERJAWATAN SEBAGAI NAIB PRESIDEN SAHAJA.

JIKA DENGAN KEWUJUDAN TUNKU TIDAK DIANGGAP PENTING, SUDAH TENTUNYA DAP HANYA AKAN MELAFAZKAN "THA-THA, BYE-BYE" LAGI AWAL KEPADA TUNKU. 

ADAKAH DENGAN JAWATAN NAIB PRESIDEN ADALAH SESUATU JAWATAN YANG AMAT PENTING DALAM DAP? TIDAK....

KITA AMBIL CONTOH PARTI PAS YANG BEGITU MUDAH MENERAJANG DR. HASSAN ALI. WALHAL BELIAU ADALAH NAIB PRESIDEN PAS DAN PESURUHJAYA PAS NEGERI SELANGOR. INI ADALAH KERANA DR. HASSAN ALI SUDAH DIANGGAP SEBAGAI LIABILITI KEPADA PERJALANAN PARTI AKIBAT TEGURAN DEMI TEGURAN DARI DR. HASSAN ALI DAN SUDAH TIADA NILAINYA DI MATA PAS.

INILAH PENDIRIAN SULIT PAKATAN RAKYAT SEMEMANGNYA AKAN MENGGUNAKAN SEGALA APA JUA STRATEGI, TAKTIK MAHUPUN PERMAINAN POLITIK KOTOR DEMI UNTUK MENCAPAI ISTANA KHAYALAN MEREKA DI PUTRAJAYA.




0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.