.

.

Pages

KEHEBATAN ANWAR TERUJI LAGI

Sunday, May 13, 2012


MKT INGIN MELIHAT SEJAUHMANA KEHEBATAN PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM MENYELESAIKAN KEMELUT ANTARA DAP DAN PAS MENGENAI NEGARA ISLAM.

KONFLIK INI TERJADI SEWAKTU NEGARA BEGITU HAMPIR DENGAN PILIHANRAYA UMUM DAN IANYA AKAN MENJADI SATU MASALAH YANG AGAK BESAR JIKA TIDAK DISELESAIKAN SESEGERA YANG MUNGKIN.


MKT JUGA YAKIN PARA BLOGGER PRO PAKATAN RAKYAT BEGITU TERTEKAN DENGAN KONFLIK INI.

MKT JUGA YAKIN, KESELURUHAN RAKYAT MALAYSIA INGIN JUGA TAHU APAKAH PENDIRIAN SEBENAR DATUK SERI ANWAR IBRAHIM SAMADA INGIN MEMBELA AGAMA ISLAM ATAUPUN MENAFIKAN PENUBUHAN NEGARA ISLAM.

PERTELINGKAHAN INI, SECARA RASMINYA ADALAH YANG KEDUA DAN KALI INI MELIBATKAN KONFLIK ANTARA HADI AWANG DAN KARPAL SINGH. SEBELUMNYA KONFLIK INI MELIBATKAN ANTARA KARPAL SINGH DENGAN NIK AZIZ.


MKT MASIH INGAT BAGAIMANA KENYATAAN NIK AZIZ UNTUK MEMINTA DAP KELUAR DARI PAKATAN RAKYAT. 

SESUNGGUHNYA MORAL KONFLIK INI ADALAH JELAS. JELAS MENUNJUKKAN KEPADA RAKYAT BAHAWA PERJUANGAN PAKATAN RAKYAT ADALAH SEMATA-MATA BERTUHANKAN NAFSU SEMATA-MATA. BUKANNYA UNTUK KESEJAHTERAAN RAKYAT.

DALAM HENDAK MENENTUKAN DASAR DAN HALA TUJU NEGARA PUN SUDAH BERTELINGKAH, BAGAIMANA PULA JIKA DITAKDIRKAN MENJADI KERAJAAN? 

SATU SAHAJA JAWAPANNYA IAITU NEGARA AKAN MENUJU KEHANCURAN.

BUKANNYA BERTAMBAH MAJU TETAPI MUNGKIN AKAN BERLAKU PERANG SAUDARA ANTARA KAUM.

RENUNG-RENUNGKANLAH SEKETIKA....

GEORGETOWN: DAP mendesak Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan pendirian rasmi pembangkang bahawa penubuhan negara Islam tiada dalam agenda pakatan itu. 

Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh, berkata Anwar juga perlu menyatakan pendiriannya sebagai antara pemimpin utama pembangkang mengenai hasrat PAS untuk melaksanakan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.
“Anwar kena membuat pengumuman rasmi bagi pihak pimpinan tertinggi pembangkang, selain menyuarakan pendiriannya sendiri berhubung pelaksanaan hukum hudud dan penubuhan negara Islam menerusi pindaan Perlembagaan Persekutuan.
“Hanya dengan cara itu kita lebih mudah membuat keputusan selanjutnya dan dalam hal ini, sekali lagi ingin saya tegaskan bahawa DAP sesekali tidak menyokong negara Islam,” katanya pada sidang media di sini, semalam. 

PAS dan DAP mula berbalah apabila Karpal secara terbuka membidas Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang yang membuat kenyataan mengenai pelaksanaan hukum hudud di negara ini jika pembangkang memerintah. 

Karpal yang jelas tidak berpuas hati dengan sikap Hadi yang gemar berdolak-dalik, turut mengulangi kenyataan sebelum ini bahawa hukum hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. 

Baru-baru ini, akhbar melaporkan Hadi sebagai berkata, jika pembangkang memerintah negara, hukum hudud akan dilaksanakan hanya apabila masalah pengangguran dan kemiskinan diselesaikan, serta penetapan gaji minimum dilaksanakan. 
Dalam perkembangan yang sama, Karpal menempelak Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib, kerana mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan orang ramai berhubung agenda pembangkang. 

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.