MELAYU DAP TERAKHIR TELAHPUN MENINGGALKAN PERJUANGAN PALSU DAP. MELAYU-MELAYU PAS DAN PKR, BILA LAGI NAK TINGGALKAN PERJUANGAN SIA-SIA ITU?
MELAYU DAP TERAKHIR INI TELAHPUN MEMBUAT KENYATAAN YANG KERAJAAN TELAHPUN BERADA DI LANDASAN YANG SEBENAR PERJUANGAN, MENGAPA PERLU DISANGGAHKAN LAGI KEBENARAN ITU?
AKHIRNYA...KEMBALI KELANDASAN YANG BENAR |
KUALA LUMPUR: Kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah kerajaan yang mendengar dan mengambil kira pandangan rakyat, kata bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.
Beliau berkata, banyak keputusan dan tindakan yang dibuat kerajaan akhir-akhir ini menepati aspirasi rakyat antaranya memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), memperkenalkan Akta Perhimpunan Aman 2012, membuat pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan terbaru membenarkan himpunan BERSIH 3.0 diadakan di ibukota, 28 April lalu.
"Kerajaan adalah pada landasan yang betul.Kesemua perkara dapat dilakukan dengan lebih baik."
Tunku Aziz berkata beliau tidak mampu menyangkal segala pembaharuan dan transformasi yang dibuat Perdana Menteri, meskipun beliau sebelum ini teguh dilandasan pakatan pembangkang.
"Kerajaan sedang mendengar. Walaupun saya dari parti pembangkang, saya dapat melihat merit yang mereka lakukan. Saya dapat melihat apa yang mereka lakukan kerana mereka mendengar," katanya ketika diwawancara dalam rancangan temubual Chat Time terbitan NTV7.
Setelah menjadi Perdana Menteri, Najib secara konsisten memperkenalkan pelbagai program yang dilihat memulangkan hasil kekayaan negara kepada rakyat marhaen. Antaranya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Klinik Rakyat 1Malaysia (KR1M), Menu Rakyat 1Malaysia, Koperasi 1Malaysia (COOP 1M), Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) dan sebaginya.
Justeru Tunku Aziz menyeru semua pihak termasuk Pakatan Rakyat agar memberi peluang kepada kerajaan persekutuan bagi membuktikan mereka benar-benar mahu berkhidmat untuk rakyat.
"Kita selalu fikir kita boleh melakukan yang lebih baik, beri mereka peluang untuk menunjukkan apa yang mereka boleh lakukan sehingga memberi manfaat negara."
Tunku Aziz yang menyertai parti DAP pada Ogos 2008 berkata, membentuk sesebuah kerajaan bukan perkara senang. Ia juga perlu mengukit proses yang betul dan sah disisi undang-undang.
"Bagi beberapa ahli politik, dapatkan Putrajaya, dan mengubah segalanya.Memang mudah berfikir daripada melakukan," katanya.
Tunku Aziz sebelum ini berkata tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bercadang ingin membentuk kerajaan dengan cara yang tidak sah iaitu tanpa melalui proses pilihan raya menyebabkan tercetusnya politik kotor dalam Pakatan Rakyat.
Tunku Aziz mengejutkan pelbagai pihak apabila keluar dari DAP dan melepaskan semua jawatnnya dalam parti berkuatkuasa serta merta setelah dikecam hebat akibat pandangan terbukanya yang menentang penganjuran BERSIH 3.0.
"Saya telah diberi amaran oleh rakan-rakan bahawa saya perlu bersedia dipecat, tetapi itu bukan masalah.Setakat ini belum ada petunjuk daripada kepimpinan tertinggi apa yang terjadi pada nasib saya ini."
Ahli politik veteran itu berkata, beliau tidak akan berhenti daripada menyumbang sesuatu kepada negara.
"Saya tidak mempunyai sebarang cita-cita besar, tetapi saya masih berfikir untuk membuat beberapa sumbangan dalam apa jua cara kepada negara dan berharap berterusan hingga ke masa hadapan."
0 ulasan:
Post a Comment