SELALUNYA SETIAP MANUSIA DIBUMI INI CUKUP MENGANGKAT TINGGI PERANAN IBU LEBIH DARIPADA PERANAN BAPANYA. SEDANGKAN DIDALAM AGAMA ISLAM PUN MENDAHULUKAN IBU SEBANYAK 3 KALI LEBIH BESAR DARIPADA BAPA.
TETAPI PELIKNYA, INSAN YANG SEPATUTNYA KITA BERIKAN PENGHORMATAN ITULAH YANG AKAN KITA AKAN MENGENGKARI SETIAP ARAHANNYA, MENGABAIKANNYA DAN SEBAGAINYA DEMI HENDAK MENYAKITI HATI DAN PERASAANNYA.
CHUKAI: Sambutan Hari Ibu tidak bermakna buat seorang wanita apabila dia dihadiahkan satu tumbukan di muka oleh anak lelakinya dalam kejadian malam kelmarin.
‘Hadiah’ daripada anak berusia 20 tahun itu menyebabkan ibu berusia 49 tahun terbabit terpaksa menanggung kesakitan apabila lebam di bahagian kanan mukanya, selain bengkak pada bahagian kiri lengan selepas dibaling dengan topi keledar.
Kejadian menimpa ibu malang itu berlaku apabila anak lelakinya meminta wang RM40 ketika berada di rumahnya di Kampung Titian Berayun, di sini, jam 10.30 malam.
Sumber berkata, sebelum kejadian, mangsa dikatakan bersendirian di rumahnya sebelum anaknya itu pulang dan meminta wang berkenaan.
Bagi mengelakkan anaknya melakukan perkara tidak diingini, mangsa tidak berfikir panjang apabila memberikan anak lelakinya wang yang diminta.
SENTUHAN KASIH SAYANG SEORANG ANAK SELALUNYA DIDAMBAKAN OLEH SETIAP IBU DIDUNIA INI WALAUPUN HAKIKATNYA SI IBU PERNAH MENDERHAKAI ANAK TERSEBUT.
TETAPI PENDERHAKAAN TERSEBUT BUKANLAH SATU KEIZINAN KEPADA ANAK UNTUK MENDERHAKA KEMBALI. KONONNYA SEBAGAI PEMBALASAN TERHADAP APA YANG PERNAH DILAKUKAN SEMASA KECIL.
MANUSIA TIDAK BERHAK MENGHUKUM DAN YANG BERHAK MENGHUKUM ADALAH ALLAH S.W.T DAN PARA HAKIM-HAKIM SAHAJA.
MENGULAS KEJADIAN YANG BERLAKU DI CHUKAI, PAHANG, PERBUATAN ANAK GAMAK MENUMBUK IBUNYA HANYA SEMATA-MATA MAHUKAN WANG SEBANYAK RM40.00 ADALAH KETERLALUAN.
MUNGKIN ANAK INI KURANG DIDIKAN DAN PERHATIAN DARIPADA AYAHNYA SEHINGGA BELIAU BERANI BERBUAT SEDEMIKIAN.
ATAUPUN INILAH PUNCA AKIBAT DIBERI MANJA YANG TERLEBIH-LEBIH DARI APA YANG SEPATUTNYA SEMASA BELIAU KECIL DAHULU.
PENDAPAT MKT, JIKA SEORANG ANAK TIDAK DIBERI MERASA SEDIKIT KESUSAHAN KEHIDUPAN MAKA PENGAKHIRANNYA AKAN MENYEBABKAN SI ANAK ITU BAKAL MENJADI SEORANG YANG TIDAK TAHU BERDIKARI DAN MENGHARAPKAN BELAS EHSAN ORANG DEMI UNTUK SURVIVAL HIDUPNYA.
ISLAM JUGA TIDAK PULA MENGAJAR IBU BAPA AGAR MEMANJAKAN ANAK-ANAK SEHINGGA BESAR PANJANG. ISLAM TELAH MENETAPKAN HAD UMUR YANG SESUAI UNTUK BELAJAR MENJADI INSAN.
MENGAPA UMAT MELAYU ISLAM MERASA TAKUT HEDAK MENCUBA SESUATU YANG AGAMA MENGESYORKANYA? MENGAPA UMAT ISLAM LEBIH GEMAR MENGIKUT ACUAN AJARAN DARI BARAT?
PERSOALAN INI, BIARLAH KITA RENUNG-RENUNGKAN BERSAMA-SAMA....
0 ulasan:
Post a Comment