.

.

Pages

AKIDAH...LANGGAN PELACUR, SALAH SIAPA SEBENARNYA?

Tuesday, May 1, 2012


PELACUR-PELACUR YANG DATANG DARI PELBAGAI NEGARA KE MALAYSIA ADALAH DISEBABKAN KELEMAHAN UNDANG-UNDANG? BUKAN DARI KELEMAHAN SENDIRI KE? MENGAPA TIDAK DISALAHKAN KELEMAHAN IMAN MASING-MASING DARI MENUDING JARI KEARAH ORANG LAIN?


HAKIKAT SEBENARNYA, JIKA PELACUR-PELACUR ITU DATANG KE MALAYSIA ADALAH DISEBABKAN PERMINTAAN YANG TINGGI DARI WARGANYA. BUKAN DISALAHKAN UNDANG-UNDANG ATAUPUN PIHAK BERKUASA.

DALAM AGAMA ISLAM MENEGASKAN BAHAWA ' JANGAN HAMPIRI ZINA'. SETAHU MKT TIDAK PULA ADA NAS DARI AL-QURAN MAHUPUN HADIS YANG MENUDING SEGALA KESALAHAN ZINA ITU DILETAKKAN DI ATAS BAHU KERAJAAN MAHUPUN UNDANG-UNDANG SEMATA-MATA.

ALASAN KERAJAAN MENYEDIAKAN PRASARANA MAKSIAT ADALAH TIDAK RELEVAN KERANA IANYA BUKAN DIKHASKAN UNTUK UMAT ISLAM TETAPI UNTUK UMAT YANG BUKAN ISLAM. JIKA KERAJAAN BERTEGAS MENOLAK SEGALA PRASARANA INI, DIKHUATIRI PULA AKAN  MENYEBABKAN MASALAH YANG LAIN.

KESIMPULANNYA, JANGAN SUKA MENUDING JARI KEPADA ORANG LAIN KERANA AKHIRNYA KESALAHAN ITU AKAN DIJILATNYA SEMULA KELAK.


Gadis Asia Barat kini mula menjadikan Malaysia sebagai lokasi kegiatan pelacuran berikutan permintaan tinggi daripada pelancong asing dari rantau itu dan juga lelaki tempatan. Kegiatan tidak bermoral itu terbongkar apabila polis berjaya memberkas beberapa gadis Arab yang terlibat dalam aktiviti pelacuran di sekitar ibu negara sejak awal tahun ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan (gambar) berkata, kehadiran ramai pelancong Arab sejak kebelakangan ini telah menyebabkan permintaan terhadap pelacur asing terutama dari negara sama dengan mereka turut meningkat. Beliau berkata, pelacur dari negara Asia Barat seperti Syria, Iran, Yemen dan Maghribi memilih Malaysia untuk mencari rezeki kerana kegiatan itu haram dilakukan di negara sendiri.

Pelanggan utama kepada pelacur dari Asia Barat ini ialah jejaka Arab yang melancong ke negara ini tetapi ada juga lelaki tempatan yang mendapatkan perkhidmatan mereka kerana mahu merasai kelainan,ujarnya. Abdul Jalil berkata, bayaran dikenakan oleh pelacur berkenaan juga lebih mahal berbanding wanita-wanita tempatan dan negara asing yang lain iaitu antara RM500 dan RM1,000.

KREDIT : BLOGGER INI

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.