.

.

Pages

SUDAH PINJAM, WAJIBLAH BAYAR BALIK...

Tuesday, April 10, 2012


Assalamualaikum...


KUALA LUMPUR: Kerajaan sudah membayar sepenuhnya pinjaman daripada Bank Dunia manakala sebahagian besar pinjaman dengan Bank Pembangunan Asia (ADB) sudah dijelaskan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata kerajaan meminjam AS$2,646 juta daripada Bank Dunia bagi tempoh 1965 hingga 1999 dan semua pinjaman itu sudah dijelaskan sepenuhnya pada 2011.

"Pinjaman daripada ADB pula diperoleh dalam tahun 1968 sehingga 2002 yang berjumlah AS$1,285 juta, yang mana sehingga Disember 2011 baki pinjaman ialah sebanyak AS$124 juta," katanya menjawab soalan Alexander Nanta Linggi (BN-Kapit).

Beliau berkata, jumlah keseluruhan pinjaman kerajaan daripada Bank Dunia dan ADB antara tahun 1965 hingga 2002 adalah sebanyak AS$3,931 juta dan pinjaman tersebut hanya dibuat selepas mengambil kira kemampuan membayar balik.

"Kerajaan akan terus komited untuk menjelaskan bayaran pinjaman mengikut jadual yang ditetapkan," katanya dan menambah bahawa kerajaan tidak meminjam daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Apa lagi juak-juak Pakatan Rakyat hendak katakan lagi? Malaysia yang dibawah pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional telah berupaya melunaskan pinjaman dengan Bank Dunia yang berjumlah bertrillion-trillion.

Setakat Kerajaan Negeri dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat baru menjelaskan hutang baru berpuluh juta tu, MKT rasa tidak payah hendak heboh-hebohkan sangat kerana jumlahnya tidak sampai suku pun dari jumlah pinjaman yang Kerajaan Barisan Nasional bayar kembali hutang kepada Bank Dunia.

Yang paling MKT kagum ialah keberanian Kerajaan Barisan Nasional menolak bantuan dari Tabung Kewangan Antaabangsa (IMF) tajaan Yahudi Zioniis itu.

Tidaklah seperti bakal Perdana Menteri Pakatan Rakyat tu, yang sudah pastinya akan meminjam dari IMF bila negara menerima tekanan ekonomi dunia.

Selepas itu, MKT pasti yang beliau akan terus menjadi boneka Zionis di bumi Malaysia ini.

P/S dari MKT : Sudah berhutang dengan PTPTN tu, bayarlah balik. Bukannya minta lupus. Kerajaan pun boleh bayar hutang, takkan rakyat tidak mampu bayar hutang kot?

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.