.

.

Pages

KAMI MASIH LAGI TIDAK TAHU...INI SEMUA KERAJAAN PUSAT PUNYA ANGKARA

Saturday, April 21, 2012


YANG TAHU HANYA BUKA PUSAT KARAOKE SAHAJA
SEBAB ITU PERKARA LAIN TIDAK TAHU

Sebaik saja mengambil-alih kerajaan negeri, PAS mewar-warkan bahawa pelaburan Industri Solar di Kedah adalah usaha mereka. 

Kilang First Solar disenaraikan sebagai pelaburan usaha kerajaan PAS sebagaimana digambarkan oleh blogger PAS dan Warta Darulaman (sebuah akhbar kerajaan yang telah ditukar menjadi akhbar politik). Ceritanya berbilion-billion, walaupun itu hanyalah kisah lembu punya susu, sapi punya nama.

Biasalah...memang tabiat semulajadi PAS Kedah.

BAGAIMANA NASIB PEKERJA-PEKERJA KILANG INI?
Sebagaimana sebelum ini, bilamana terdapat masalah dan isu besar dalam bekalan air oleh SADA, kerajaan negeri cepat-cepat menunding kepada kerajaan pusat. Sebaliknya apabila loji atau lori bekalan air baru dirasmikan, secara ajaibnya SADA kembali kepada menjadi milik kerajaan Negeri dibawah PAS yang kononnya prihatin terhadap rakyat. Jika ada pula isu air timbul, maka kerajaan pusat pula yang akan dikatakan bertanggungjawab.

Mudah sungguh kerja PAS.

First Solar akan menutup 4 pengeluarannya di Kulim Hi_Tech dan 500 orang pekerja akan dibuang pada peringkat awal.

Apakah persediaan kerajaan negeri yang mengaku membawa pelabur tersebut masuk? Apa akan berlaku kepada pekerja yang dibuang? Apakah usaha penempatan semula kepada mereka? Usah diharap, malah Ustaz Azizan atau YB Amiruddin pun tidak peduli. 

Apa susah, jika krisis begini berlaku, ia akan dikatakan tanggungjawab kerajaan pusat. Habis itu, tanggungjawab Kerajaan Negeri hendak letak kat mana pula?


1 ulasan:

my said...

TONTON PELBAGAI SIARAN TV MALAYSIA ,INDONESIA ,LIVE STREAMING BOLA SEPAK.NET GEO.DISCOVERY CHANNEL.DISCOVERY TURBO,FREE MOVIE DAN PELBAGAI SIARAN MENARIK SILA LAWATI > http://setcast.blogspot.com/

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.