.

.

Pages

INI SEMUANYA HELAH PAKATAN RAKYAT SEBENARNYA

Friday, April 20, 2012


"Jangan tagih simpati,” kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Khaled Nordin; memberi respon kepada serangan puluhan samseng yang bertindak memusnah dan menyepak terajang anak mahasiswa di Dataran Merdeka awal pagi tadi.

“Takde siapa pun suruh berkhemah di Dataran, bila berlaku apa2 perkara, jgn tagih simpati” kata beliau di laman rangkaian sosial Twitter tengah hari tadi. Demikianlah betapa baik hatinya seorang Menteri, seolahnya meredhakan keganasan berlaku atas alasan politik.

TIADA BUKTI...KABUR SAHAJA
Sekitar jam 2:30 pagi sekumpulan pemuda berpakaian serba hitam datang menghampiri mahasiswa dan anak muda serta penyokong mereka yang sedang duduk di Dataran Merdeka. Kehadiran mereka disedari sejak awal, tetapi niat mereka tidak pula diketahui. Sebahagiannya berlegar di bahagian padang dan segerombolan lagi duduk di tepi-tepi jalan.

Setelah beberapa pekikan kedengaran menyuruh “Bangun” dan “Balik tidur rumah” kumpulan pemuda tersebut mula merentap khemah-khemah yang terpasang dan menyerang para mahasiswa dengan ancaman kekerasan fizikal sambil menuturkan caci maki kepada mereka yang tetap duduk di lantai Dataran Merdeka.

Lima belas khemah anak muda mahasiswa dirosak dan dirobohkan. Satu daripadanya didiami oleh seorang mahasiswi yang sedang tidur. Beliau terjaga dari lena apabila kepalanya ditendang dari luar khemah oleh gerombolan samseng yang datang menyerang mendesak supaya anak muda mahasiswa “balik rumah” dan “mengenang jasa kerajaan memberi pendidikan” kepada mereka.


MKT ada dua ayat sahaja...iaitu...PADAN MUKA. Tetapi tidakkah ianya sesuatu yang pelik apabila tiba-tiba sahaja UMNO ataupun PERKASA hendak menyerang mahasiswa/wi ini sedangkan tindakan mereka bukanlah bersifat provokasi terhadap Melayu ataupun parti politik.

MKT dapat rasakan ianya adalah satu helah Pakatan Rakyat untuk mengabui mata rakyat di negara ini agar membenci Kerajaan. Maklumlah, pilihanraya sudah semakin benar menghampiri.

Sebenarnya ini adalah taktik murahan Pakatan Rakyat hendak menagih undi simpati dari seluruh rakyat di negara ini. Tiada agenda yang lain yang tersembunyi.

Jika ini tidak benar, mengapa dikerahkan seluruh jentera media maya menggembar-gemburkan peristiwa ini di laman sosial? Mengapa tidak dapat satu pun gambar yang menunjukkan wajah para penyerang? Sedangkan begitu ramai manusia yang berada ditempat kejadian boleh berbuat sedemikian?

Kepada juak-juak Pakatan Rakyat, berdalihlah kamu sedaya upaya tetapi MKT dapat rasakan ianya tidak dapat melembutkan hati anak bangsa Melayu islam yang telah kamu sakitkan.

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.