Sebelum ni, Si Ketua Penipu tu pernah keluarkan satu fatwa berkaitan dengan hubungan seks dalam Malaysia dimana dia anggap undang - undang sedia ada sudah usang.
Kata dia, pihak berkuasa terutamanya Kerajaan tidak ada Hak untuk masuk campur dalam urusan berkaitan seks selagi ianya tidak dilakukan ditempat awam.
Dalam erti kata lain, dia telah mengHALALkan hubungan seks ni secara sembunyi - sembunyi dan bukan ditempat awam.
Maknanya, kalau ada orang yang kena rogol atau kena liwat, maka orang tu tak de hak juga untuk membuat sebarang laporan Polis kerana tidak ada hukuman yang boleh diambil.
Jadi, naya je la orang yang kena rogol atau kena liwat tu jika dia memerintah kelak. Makin menimbun la kes rogol yang tidak dapat diselesaikan sebab hak orang tu telah ditarik balik.
Sama la macam kes budak dari Paka ni. Apa yang mampu dilakukan oleh pihak Polis kalau kes seperti ini dianggap usang dan sudah lapuk?
Sedangkan jururawat tu buat 'kerja' dalam bilik yang tertutup. Maka tak de hak la pihak Polis untuk ambik tindakan sebab ianya tak dilakukan secara terbuka!!! Agak - agak nak ke korang kalau kena pada anak - anak sendiri? Korang fikir la sendiri!!!
PAKA – Seorang kakitangan perubatan di salah sebuah klinik dekat sini, dipercayai melakukan seks oral terhadap pesakitnya.
Kejadian berkenaan dikatakan berlaku beberapa hari lalu di dalam bilik rawatan di klinik terbabit, ketika pesakitnya yang merupakan seorang pelajar LELAKI?? di salah sebuah sekolah menengah berdekatan, datang untuk mendapatkan rawatan setelah mengadu sakit pada bahagian dada.
Sebaik tiba gilirannya, mangsa dipanggil ke dalam bilik rawatan dan kakitangan perubatan itu melakukan pemeriksaan pada bahagian dada, sebelum mengeluarkan resit agar mangsa mendapatkan ubat.
Bagaimanapun, pelajar tingkatan empat itu diarahkan masuk semula ke dalam bilik rawatan, sebelum diarah menyelak baju untuk melakukan pemeriksaan semula.
Mangsa turut diarahkan menanggalkan seluar, sebelum kakitangan perubatan berusia 20-an itu memegang kemaluan pelajar lelaki itu, dan melakukan seks oral selama beberapa minit.
Selepas itu, pesakit berkenaan yang berasal dari sebuah taman dekat sini diarahkan memakai semula seluarnya dan meninggalkan bilik rawatan itu.
KREDIT : KEPADA BLOGGER INI
Mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Paka mengenai kejadian itu. Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan menerima laporan dan suspek telah ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
0 ulasan:
Post a Comment