.

.

Pages

DEMONSTRASI SASTERAWAN BERSAMA ANAK..BODOH!!

Tuesday, April 3, 2012


Kira-kira 200 orang berarak dari Masjid Putrajaya ke depan Pejabat Perdana Menteri tidak jauh dari situ bagi membantah penyenaraian Felda Global Venture Holding (FGVH) di Bursa Malaysia.

Perhimpunan yang diketuai Pengerusi Anak Peneroka Felda (ANAK) Mazlan Aliman (kiri) itu turut disertai, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan Ketua Biro Felda PKR Suhaimi Said.

Orang ramai yang menyertai perarakan itu turut membawa sepanduk yang bertulis "kami tolak FGHV", "Selamatkan Felda" kain panjang yang ditandatangan orang ramai bagi menolak penyenaraian.


Belumpun melihat hasil perancangan Kerajaan, sudahpun di'kondem' habis-habisan. Kononnya merekalah penyelamat FELDA sedangkan merekalah pelingkup kepada anak-anak peneroka FELDA.

Mereka juga melaungkan melaungkan "Reformasi" dan slogan anti-Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad berbunyi "Turun Isa Samad" dan "Isa Samad tipu peneroka".

Bagaimanapun, ketika hendak menyerahkan memorandum, hanya lima wakil sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam pejabat perdana menteri, termasuk A Samad, Mazlan, Suhaimi dan Pengerusi JINGGA 13 Fariz Musa.

"Kita dah beri penerangan pada (wakil pejabat Najib) S Azhar. Kita juga minta perdana menteri meluangkan masa untuk bertemu dan bersemuka dengan kita untuk nyatakan tuntutan daripada peneroka," katanya pada sidang media selepas menyerahkan memorandum di Putrajaya hari ini.

Selain itu, Mazlan sekali lagi mengulangi desakannya supaya perdana menteri agar membatalkan penyenaraian Felda kerana ia merupakan kepentingan orang Melayu.

"Bagaimana nasib orang Melayu nanti jika tanah orang Melayu nanti lenyap. Hampir 97 peratus Felda ini orang Melayu.

"Felda kini dalam krisis dan pergolakan yang mana ia tak pernah berlaku sebelum ini. Saya harap jangan sebab nak pertahankan Isa Samad, (seramai) 1.6 juta warga Felda hancur," katanya.

Perarakan itu juga kelihatan penuh warna warni apabila terdapat peniaga mengambil kesempatan baju-T kempen membantah penyenaraian FGVH.


Hihihi...MKT terasa ingin ketawa apabila melihat dan membaca senario ini. Pakatan Rakyat kononnya berjuang bermati-matian demi hendak mempertahankan tanah FELDA yang sudah pastinya hak orang melayu. Hipokrit!!

Pernahkah Pakatan Rakyat membuat perarakkan semasa tanah rizab Melayu di Perak dipajakkan selama 999 tahun? 

Pernahkah Pakatan Rakyat membuat perarakkan semasa Madrasah Salihiah, Kangchut hendak dirobohkan?

Mengapa apabila tanah FELDA yang tiada kena mengena dengan Pakatan Rakyat, mahu pula dipertahankan?

Sudahlah wahai juak-juak Pakatan Rakyat....jangan cuba berlakon menjadi juara rakyat sedangkan yang hendak melingkupkan bangsa Melayu adalah mereka sebenarnya.

2 ulasan:

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Jangan hanya dek imbuhan wang yang tak seberapa dan posisi jawatan yang sementara,anda sanggup menyebarkan berita yang belum pasti kebenarannya.Bayangkanlah bagaimana mungkin anda menyuapkan hasil dari sumber yang menjijikkan ini ke mulut ahli keluarga anda.Bersegeralah untuk bertaubat dan hadirkanlah diri ke majlis-majlis ilmu supaya diberikan panduan untuk anda melihat dengan mata hati yang mana satu kebenaran dan yang mana satu kebatilan.

Ibnu Dahlan said...

Waalaikumsalam...
Ini bukannya kerana imbuhan ataupun wang. Tetapi ini adalah hakikat yang perlu manusia seperti kamu telan.
Taubat? Taubat MKT bukannya disebabkan mencipta fitnah tetapi menerangkan kebenaran. Perlu bertaubat gak ker?
MKT rasa saudara yg perlu bermuhasabah. Bukakan mata, hati dan jiwa. Lihatlah segala penipuan hidup2 yg dilakukan oleh Pakatan Rakyat. Jgn hnya tutup mata pd sebelah pihak sahaja, yer....

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.