.

.

Pages

DARI LANGKAWI....KETUA UMNO DAN PEMUDA LANCAR PERANG DINGIN?

Saturday, April 14, 2012


Panas sungguh Langkawi hari ini seperti kisah perang dingin antara Ketua UMNO Bahagian Langkawi iaitu Dato' Haji Nawawi bin Ahmad dan Ketua Pemuda UMNO Langkawi iaitu En. Saidi bin Nanyan. Dikatakan bahawa Dato' Nawawi berasakan Pemuda UMNO dibawah kendalian En Saidi begitu lemah dan tidak buat kerja parti.

Betulkah sedemikian?


Sebenarnya inilah taktik perang saraf juak-juak pembangkang yang cuba-cuba untuk memporak perandakan ketenangan UMNO Langkawi.


Sebenarnya Pemuda Langkawi sememangnya telah lama turun padang membantu masyarakat di dalam daerah Langkawi. MKT ambil contoh, semasa kejadian amaran tsunami baru-baru ini Pemuda UMNO Langkawi yang bergegas turun melihat dan meninjau kawasan-kawasan sasaran ombak tsunami. Pemuda PAS dan AMK PKR? Mungkin sedang peluk isteri di rumah sebab tiada arahan dari pihak atasan.


UMNO Bahagian Langkawi pula, telah menyelesaikan pelbagai masalah masyarakat pulau. (sekadar yang mampu) Antaranya pemansuhan kenaikan sewa perumahan LADA dan pembaikian jambatan yang menghubungkan Pulau Tuba dan Pulau Dayang Bunting. PAS dan PKR Bahagian? Sedang bergaduh hendak berebut kawasan bertanding.


Satu perbezaan yang jelas antara UMNO dan Pakatan Rakyat di daerah Langkawi. Bagaimana pula boleh terfikir juak-juak PR bahawa UMNO di Langkawi berkocakkan?


Nasihat MKT, siasatlah terlebih dahulu...Jangan sekadar cakap dengar sahaja, terus percaya membuta tuli.


Itu namanya jahil mua'kad...



0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.