Assalamualaikum...
Kagum MKT melihat kehebatan raksasa laut ini. Reka bentuk yang menarik dan berprestij. Mungkin ianya adalah khusus untuk sesiapa yang sudah rasa bosan menetap di daratan dan mempunyai banyak duit.
MKT memperkenalkan kapal yang dibuat rumah yang mewah, khas untuk para jutawan-jutawan di dunia yang bosan tinggal diatas darat.
Paling murah pun kapal ini dijual adalah sebanyak RM600,000 sahaja.
Ada sesiapa yang berkenan ke? Boleh MKT jadi promoternya...
MKT rasa ianya akan lagi hebat jika kapal-kapal ini direka dan dibina oleh bangsa Melayu Islam. Barulah orang luar dapat membuka mata kepada bangsa Melayu Islam.
Sampai bila bangsa Melayu Islam hanya menjadi bangsa pengguna?MKT teringin juga sebelum mati hendak melihat bangsa Melayu Islam pula menjadi bangsa pencipta dan bukannya lagi bangsa pengguna.
Agama Islam mengajar umatnya dengan ilmu Fekah untuk memberi peluang kepada umat Islam sekalian alam mempelajari sesuatu yang baru dan menjadi bangsa pencipta.
Tetapi sayangnya umat Islam pada masa sekarang lebih suka tunduk kepada kehebatan ciptaan Barat.
Umat Islam berbangsa Melayu di Malaysia lebih suka dengan bergaduh sesama sendiri padahal ianya hanya perkara yang remeh temeh sahaja.
Itulah Melayu Islam....kelemahan yang cukup ketara.
0 ulasan:
Post a Comment