.

.

Pages

BAB KAWIN LEBIH...SERAHKAN KEPADA PAS TAPI TAK RETI TANGGUNGJAWAB

Tuesday, April 17, 2012

HIASAN 
Berbicara tentang hukum Islam, PAS lah handalnya. Bercakap perjuangan Islam pun PAS juga handalannya. Tetapi bila bercakap tentang tanggungjawab, rasa-rasanya PAS tidak layak diberikan sebarang pujian.

MKT rasa sudah begitu banyak perihal ke'tidakbertanggungjawaban' ahli-ahli PAS termasuk para pemimpinnya telahpun diketahui ramai. Rasanya sudah banyak fail-fail tuntutan nafkah dan perceraian yang terbengkalai di Mahkamah Syariah.



Pada pendapat MKT, jika seseorang itu begitu gah memperjuangkan Islam, mengamalkan hukum dan tuntutan Islam, sepatutnya beliau tahu apa erti tanggung jawab sebagai hamba Allah, pemimpin dan sebagai suami.

Jika beliau arif dan cukup maklum, adalah mustahil beliau akan mengabaikan tanggungjawabnya seperti yang berlaku di Kelantan.

Isteri kedua seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Pas) di kawasan Parlimen Pasir Puteh telah menfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah di sini kerana tidak tahan dengan sikap suaminya yang tidak melaksanakan tanggungjawab. 

Menurut sumber, wanita yang berusia 30-an itu mendakwa suaminya bukan sahaja gagal memberikan nafkah batin tetapi juga tidak memberikan perbelanjaan harian terhadap dia dan anaknya. 

“Isterinya yang bertugas sebagai penolong kanan di sebuah sekolah di sini telah menfailkan tuntutan penceraian ini pada 26 Mac lalu di Mahkamah Syariah Pasir Puteh. Hari ini mereka dipanggil untuk sebutan kes tetapi malangnya ADUN terbabit tidak hadir dan gagal dihubungi. 

“Tuntutan itu dibuat kerana dia kecewa dengan sikap suaminya yang tidak bertanggungjawab. 

“ADUN ini hanya pulang ke rumah dua bulan sekali. Pulang malam dan esok paginya sudah pergi,” kata sumber terbabit ketika ditemui di Kompleks Balai Islam Lundang dekat sini, petang ini. 

P/S dari MKT : Err...Tuan Guru Nik Aziz tidak tegur ke? 

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.