Maka untuk memutar belitkan pemikiran orang-orang kampung dengan projek kerajaan Negeri Kedah, Kerajaan PAS Kedah telah membuat satu road show menceritakan kejayaan mereka pada penduduk kampung. Padahal expo ni di adakan untuk menutup isu MB Kedah (Tok Zan) yang telah berjanji pada orang kampung Padang Terap pada 26/05/2011 dalam Majlis Mesra Rakyat yang di adakan di Dataran Pekan Naka.
Tok Zan berjanji, kerajaan negeri melalui Kedah Agro akan membeli hasil buah-buahan orang kampung, terutamanya buah rambutan untuk di jadikan produk rambutan dalam tin.
Tapi malangnya setelah musim buah hampir sampai ke penghujung dan setelah setahun lebih pengistiharan tersebut, tidak nampak seorang pun dari wakil kerajaan Negeri atau wakil Kedah Agro datang untuk membeli hasil buah-buahan orang-orang kampung. Rambutan orang-orang kampung terbiar sehingga busuk. Setelah itu orang-orang kampung telah lakukan satu bantahan secara aman terhadap MB Kedah kerana memungkiri janji yang di adakan pada bulan Ramadhan baru-baru ni bertempat di Pekan Naka.
GAHNYA EXPO PADA MALAM ITU |
Expo Usahawan Pertanian & Asas Tani ini diadakan di peringkat Parlimen Padang Terap dari 19 Okt sehinggalah 22 Okt 2011. Di khabarkan pada hari pertama expo, kehadiran lebih kurang 50 orang dan pada hari terakhir pula kehadiran tidak sampai 100 orang.
Orang kampung sudah muak dan bosan dengan janji-janji kerajaan negeri Kedah. Produk rambutan dalam tin yang di pamerkan dlm expo itu sebenarnya adalah diimpot dari Thailand dan di labelkan semula kononnya sebagai produk buah-buahan yang telah di kumpulkan di pusat pengumpulan hasil produk pertanian Lembah Jerai..
APAKAH ITU? PROJEK KAMBING KE ATAUPUN RAMBUTAN? |
0 ulasan:
Post a Comment