KUANTAN 29 Feb. - Wanita yang dikaitkan dalam kes khalwat dengan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron telah mengemukakan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Rompin pada pertengahan Januari lalu.
Difahamkan, alasan permohonan cerai yang dinyatakan oleh wanita berusia 28 tahun itu adalah kerana sudah tidak mempunyai persefahaman dengan suaminya.
Jika wanita itu telah mengemukakan permohonan cerai pada bulan Januari lepas, berkemungkinan besar wanita tersebut sudah tidak tinggal serumah dengan suaminya.
Adalah pelik jika pasangan sudah sampai ke tahap permohonan cerai di Mahkamah Syariah tetapi masih tinggal bersama.
Jika benar mereka tidak lagi tinggal bersama, ianya bercanggah dengan kenyataan awal Ostad PKR itu. Di antara kenyataan Badrul Amin :
Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau.
'Melarikan diri daripada rumah'? Jika mereka sudah tidak bersama, kenapa wanita itu perlu 'melarikan diri daripada rumah'?
Tindakan logik ialah jika berlaku ugutan daripada pihak suami, pihak pertama yang dimaklumkan ialah pihak polis, bukannya lari ke 'pangkuan' Ostad PKR.
Dah nampak sangat yang Si Badrol ni bagi alasan yang tak munasabah bila dia kata nak bagi kaunseling kepada wanita tu sedangkan wanita tu dah tekad nak bercerai.
Mungkin juga Ostad tu nak amik wanita itu sebagai isteri ketiganya? Mungkin juga Ostad itu yang menjadi dalang perceraiannya dengan suami wanita itu? Isu ini sudah menjadi semakin panas dan hangat......
MKT nasihatkan supaya Ostad pergi berguru dahulu dengan Tuan Guru Anwar Ibrahim Al-Mahdey...
0 ulasan:
Post a Comment