.

.

Pages

JANGAN CABAR KEMAMPUAN TMK...KAMI AKAN TETAP PERTAHANKAN KEDAH!!

Friday, March 2, 2012

Assalamualaikum...


Semakin hari semakin pelik dengan berita-berita yang sensasi didalam dunia politik tempatan. Tikam menikam, cerca mencerca malahan ke tahap bijak membuat berita palsu demi sejumlah wang yang digunakan untuk mengaburi mata para blogger. Dengar khabarnya dijanjikan upah yang tinggi juga oleh seseorang individu itu untuk menjatuhkan seseorang individu tertinggi di dalam UMNO Kedah. Hinggakan kampit beras yang tertera wajahnya pun sanggup dipolitikkan. Adakah rasanya berbaloi dengan berbuat sedemikian?
MKT rasa pelik sangat apabila melihat blogger yang tinggal jauh dari Kedah (mungkin tidak pernah pijak tanah Kedah pun) beria-ia memburukkan nama individu tertinggi tersebut sedangkan hal-ehwal Kedah pun jarang menghiasi laman blog mereka. Bukankah itu namanya fitnah?

Yang peliknya lagi blogger-blogger ini sebenarnya adalah blog yang mesra Kerajaan tetapi sanggup pula menikam demi wang. Yang beri upahnya pun dari golongan Kerajaan juga.

Pendapat MKT Kerajaan tidak perlu menyimpan lama-lama blogger sebegini kerana kelak akan menjadi duri di dalam daging pada masa hadapan kelak. Ya lah...begitu murah nilainya sebagai seorang blogger. Cukup dengan tabur berkeping-keping not RM50.00 sanggup untuk melakukan khianat kepada Kerajaan.

Kepada individu yang disasarkan serangan ini, kami TMK akan sentiasa di belakang anda. Tidak perlu gusar dengan blogger murahan dari luar Kedah kerana sebenarnya mereka pun begitu daif akal mereka dengan keadaan sebenar. Walaupun fund yang sepatutnya diberi kepada kami telah diberikan kepada orang lain, kami akan tetap di belakang anda.



MKT beri amaran mewakili TMK kepada blogger-blogger diluar Kedah sana, lebih baik tutup turbo dijari anda menyerang individu ini lagi. Jika tidak maka akan tercetus perang antara blogger dimana kami akan tetap mempertahankan Dato' Ahmad Bashah, Pengerusi UMNO Negeri Kedah.....INGAT ITU!!





0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.