.

.

Pages

DALANG SEBENAR KRISTIANISASI DI MALAYSIA..DAP

Friday, March 16, 2012

Assalamualaikum...

Mungkin kebanyakkan rakyat di negara ini telah lupa bagaimana DAP telah membuat satu perjanjian dengan pastor-pastor Kristian di Hotel Red, Jalan McAllister, Pulau Pinang pada tahun lepas. Perjanjian yang DAP cuba nafikan dengan bersungguh-sungguh.

Jika tidak disebabkan kesedaran oleh seorang Melayu DAP iaitu En. Mohamed Razali bin Abd. Rahman (mantan S/U Politik ADUN Jelutong) maka isu ini akan terus dirahsiakan dan ianya bakal merubah lanskap agama, sejarah dan negara ini.

Bertempat di Wisma UMNO Langkawi, satu penerangan Isu-isu Semasa oleh En.Mohamed Razali bin Abdul Rahman (mantan S/U Politik ADUN Jelutong) yang dianjurkan oleh Biro Penerangan UMNO Langkawi. Bertujuan untuk memberi peringatan kepada rakyat khususnya masyarakat Pulau Langkawi bekenaan sikap bermuka-muka parti rasis, cauvinis DAP.

MKT cuba terangkan kronologi berkenaan isu ini :

Pada tahun 2007 - Beliau telah menerima pelbagai bentuk latihan intensif untuk melatih beliau untuk taat dan setia kepada parti perkauman itu.Beliau adalah di antara 17 orang pasukan strategik DAP yang terpilih untuk dilatih diluar negara. Fokus latihan adalah tertumpu kepada kelemahan bangsa Melayu dan cara-cara untuk mempengaruhi mereka. Yang paling menariknya TENAGA PENGAJAR ADALAH DARI BANGSA YAHUDI AMERIKA SYARIKAT.

Tahun 2011 - Pada PRU Sarawak, beliau telah diarahkan untuk menetap di sebuah gereja di Sibu selama 2 minggu. Begitu hebatnya DAP ini menawan para pengundi adalah dengan menghabiskan RM5,000.00/hari bertujuan untuk memperlihatkan kemewahan parti DAP dan calon-calonnya. Dan hasilnya DAP berjaya menawan 12 dari 15 kerusi DUN yang ditandingkan.

Baiah antara paderi-paderi untuk mengkristiankan Malaysia
05hb Mei 2011 - Jamuan makan malam telah diadakan di Red Hotel, Jalan McAllister, Pulau Pinang bagi meraikan kemenangan PRU Sarawak. Dimaklumkan juga bahawa ADUN yang telah menang akan diraikan tetapi yang datang kebanyakkannya adalah terdiri dari pastor/paderi Kristian. Jamuan tersebut adalah dibuat secara tertutup dan semasa ucapan YB Jeff Ooi, beliau telah mengutuk secara terang-terangan berkenaan agama Islam di Malaysia.

ADUN Jelutong memaki agama Islam
Upacara terakhir adalah dengan membuat akuan bersumpah yang dibuat oleh kesemua paderi yang hadir iaitu AKAN MENJADIKAN KRISTIAN SEBAGAI AGAMA RASMI MALAYSIA DALAM MASA 10 TAHUN DAN PERDANA MENTERI PADA WAKTU ITU ADALAH TERDIRI DARI YANG BERAGAMA KRISTIAN!!..

07hb Mei 2011 - Akhbar pelindung Agama dan Bangsa Melayu, Utusan Malaysia telah membongkar sindiket ini di dalam ruangan akhbarnya.

13hb Mei 2011 - Dalam sibuk-sibuk DAP dan juak-juaknya menafikan sindiket tersebut, En. Razali telah tampil membuat laporan polis dan mengiakan segala kejadian yang berlaku di hotel tersebut.

15hb Mei 2011 - Beliau telah menerima ugutan bunuh dari juak-juak DAP yang menyuruh beliau agar menarik balik laporan tersebut.

16hb Mei 2011 - Beliau juga telah dihubungi oleh Mat Sabu yang menasihatkan beliau agar menarik balik laporan polis dengan memberikan nasihat supaya beliau fikirkan masa hadapan, kerjaya dan matlamat untuk menawan Putrajaya.

Tambah Mat Sabu lagi bahawa agama boleh dikompromi dan meminta beliau membuat satu sidang media untuk kenyataan menarik balik laporan dan menyatakan ini adalah angkara UMNO.

Mat Sabu juga memberi tawaran bahawa beliau dan seluruh keluarga beliau akan tinggal di Melbourne, Australia jika berbuat sedemikian.

Tambah beliau lagi, isterinya juga pernah didatangi oleh pihak paderi meminta isterinya memujuk beliau untuk menarik balik laporan dan jika berjaya elaun bulanan akan diberikan tanpa memberitahu jumlahnya kepada isterinya.

Lihatlah betapa hebatnya permainan pihak DAP dan rakan-rakan Pakatannya. Tetapi MKT hairan kerana masih lagi ada manusia yang dilahirkan Melayu dan beragama Islam tergamak hendak menggadaikan segala-galanya demi upah yang tidak seberapa.

Sudah semestinya juak-juak Pakatan Rakyat khususnya DAP akan mengatakan ianya adalah teori untuk memfitnah mereka. Itu sudah menjadi perkara lazim kepada mereka. MKT tetap tidak peduli janji pengkhianatan mereka kepada rakyat, agama, bangsa dan negara pasti MKT akan bongkarkan....




0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.