Pembangkang terus 'mengugut' untuk menganjurkan perhimpunan haram Bersih 3.0 sekiranya lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) sebelum ini tidak ditunaikan sebelum pilihan raya umum akan datang.
Malah Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi mengingatkan kerajaan agar tidak membubarkan Parlimen selagi kesemua tuntutan Bersih tidak dilaksanakan.
"Kami tidak menolak kemungkinan akan berlaku Bersih 3.0 atau bantahan yang lebih hebat serta drastik daripada rakyat. Kami tidak mahu pilihan raya diadakan dalam keadaan sistem pilihan raya menghadapi 1,001 kepincangan berbanding sebelum ini.
"Sehingga kini, kerajaan masih belum memberikan komitmen kepada rakyat terhadap lapan tuntutan yang disenaraikan dalam Bersih. Jadi, kami berharap kerajaan tidak membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya dalam masa terdekat ini selagi tuntutan-tuntutan itu tidak ditunaikan," katanya pada sidang media pemuda pembamgkang di Parlimen di sini, Khamis.
Assalamualaikum...
Tidak perlu susah-susah hendak ugut Kerajaan. Ingat Kempen BERSIH 3.0 ni akan berjalan dengan bersih ker?
MKT hendak gak tengok betapa kehebatan BERSIH 3.0 ini akan lebih gah ataupun tidak dari BERSIH 2.0 yang lalu.
MKT juga amat berharap sangat-sangat agar pihak polis dan Kementerian Dalam Negeri janganlah berlembut lagi kepada pendemo-pendemo ini. Cukuplah beri muka kepada mereka semasa BERSIH 2.0. Pada kali ini tunjukkan kepada mereka, siapakah yang sebenarnya lebih berkuasa.
Hanya segelintir kecil rakyat di negara ini yang menyokong tetapi pihak polis dan Kementerian Dalam Negeri jangan lupa masih berjuta lagi yag berdiri di belakang Kerajaan dan menyokong apa-apa tindakan dari Kerajaan demi untuk keamanan masyarakat.
Betul tak?...
0 ulasan:
Post a Comment