.

.

Pages

AMARAH ANWAR MENGEGAR BUMI...BERHATI-HATI

Friday, March 2, 2012


Ibupejabat PKR semalam senyap sunyi bila menerima panggilan telefon daripada ISLAMABAD. Di kalangan pegawai tertinggi ibupejabat, penjawat jawatan parti diminta masuk ke dalam meeting dan mendengar beberapa arahan terbaru langsung dari Pakistan. Sebelum itu, Anwar memberikan sedikit gambaran tentang apa yang berlaku di sana, apa yang telah dicakap, siapa yang telah ditemui – dan semua ini perlu di spin oleh kalangan penggerak sosial media PKR. Nik Nazmi tunduk dan membuat catatan.

Selepas itu, Anwar menyebutkan tentang beberapa perkara.
1. Tindakan cubaan menyuap pihak hotel di Kuantan disentuh oleh Anwar dengan panjang lebar. Pihak ibupejabat sepatutnya lebih berhati-hati dan tidak membuat tawaran secara terbuka begitu. Kita tidak tahu siapa musuh yang berada di kalangan pekerja hotel.

2. Arahan Anwar agar PKR Pahang melakukan usaha ‘damage control’ di kawasan sekitar Kuantan. Kejayaan Himpunan Hijau sedikit sebanyak terganggu oleh insiden Ustaz Badrul Amin. Ini kita kena akui, kata Anwar.

3. Jangan ulang kesilapan bodoh – salah bangunan di Singapura (kes NFC). Dalam pada kita mencari kelemahan dan penipuan orang, jangan membuka pekung dan masalah sendiri. Pastikan info. Selidik maklumat. Semua mesti ‘water-tight’. Jangan main serkap jarang. Rafizi tunduk dan mohon maaf melalui talian. Nyatakan bahawa dia menerima email oleh seorang rakan di PAP mengenai perkara itu. Sewajarnyanya double check info sebelum membuat sidang akhbar. Anwar sangat tegas bab ini. Integriti kes NFC tidak boleh diambil sambil lewa. Ini BULLET utama PKR untuk pilihanraya, tegas Anwar.

Assalamualaikum...

Marah betul Anwar dengan anjing-anjing belaannya. Hinggakan sedetik jarum terjatuh pun tidak akan kedengaran apabila Anwar membebel kepada anjing-anjingnya didalam telefon dari Pakistan. 

Cuba para pembaca melihat perenggan pertama ayat Anwar dalam menegur tindakan si Radin menyuap phak hotel secara terbuka. Bukankah itu salah satu bukti menunjukkan si Anwar sebenarnya adalah bapak segala isu rasuah di Malaysia ini? Dia begitu hebat mengajar anjing-anjingnya supaya berhati-hati dalam memberikan suapan rasuah. Tidak cukup buktikah lagi selama ini iaitu rasuah yang menular didalam UMNO dahulunya dipelopori oleh manusia ini? Bukan tabiat semulajadi UMNO merasuah orang tetapi dengan kehadirannya di dalam UMNOlah menyebabkan UMNO sehingga sekarang dilabel parti rasuah.

MKT ingin mengimbas kembali antara suapan rasuah yang popular yang dilakukan olehnyasatu masa dahulu. Masih ingat tak lagi dengan insiden Allahyarham Tun Ghaffar dijatuhkan dari jawatan Timbalan Presiden UMNO dahulu? Mengapa arwah dijatuhkan dengan begitu mudah? Kerana suapan wang dan lain-lain kepada setiap perwakilan oleh Anwar.

Sekarang siapakah bapak rasuah terbesar di Malaysia sebenarnya?



0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.