.

.

Pages

LYNAS..MODAL PEMBOHONGAN TERBARU PAKATAN RAKYAT

Monday, February 27, 2012

Assalamualaikum...


Terpegunnya MKT apabila melihat begitu ramainya manusia yang segan membaca dan malas mencari ilmu semasa di Perhimpunan Hijau 2.0 di Kuantan baru-baru ini. Hanya cukup sekadar percaya dengan momokan pemimpin pembangkang di dalam ceramah dan laman web sahaja. Tidak pernah hendak mengkaji dan letak otak ditempat asalnya iaitu di dalam tengkorak kepala. MKT hendak mencabar kepada pembangkang, beri sahaja satu contoh pembangunan yang bakal atau telah dilaksanakan oleh Kerajaan yang telah membawa kebaikan kepada rakyat yang tidak pernah dibantah?

Isu LYNAS dimomokan dengan begitu hebatnya sehinggakan sanggup menolak dengan angkuhnya pendapat profesional. Dan yang peliknya diambilnya bulat-bulat kata-kata seorang wakil rakyat yang sudah pastinya bukan ahlinya didalam bidang tersebut. Dibawah ini MKT telah ambil dari satu blog, menceritakan beberapa pembohongan tambahan terhadap isu LYNAS :

1.       Lynas menyebabkan hujan radioaktif
Hujan radioaktif hanya akan berlaku jika pelepasan radionuklid  yang berkepekatan tinggi di udara, sedangkan ini tidak akan berlaku dalam Operasi Lynas kerana Penafsiran Impak Radiasi untuk senario terburuk pun menganggarkan pelepasan sebanyak 0.002mSv/tahun iaitu 500 kali ganda lebih kurang daripada Had Dos Maksimum yang dibenarkan kepada orang awam oleh AELB.   Ini dalam scenario terburuk, dalam senario terburuk, dalam keadaan biasa ia jauh lebih rendah dari itu.
2.       Lynas menghasilkan asid yang boleh mencemarkan tanah
Semua proses berkaitan dengan asid dilakukan di atas struktur konkrit yang boleh membendung tumpahan asid jauh dari tanah.
3.       Tidak ada kajian radiasi dalaman dilakukan oleh Lynas
Fakta ini juga tidak betul kerana Penafsiran Impak Radiasi disediakan mengikut semua keperluan undang-undang Malaysia dan standard IAEA.  Penafsiran Impak Radiasi adalah satu penilaian risiko terhadap kumpulan sasaran (pekerja dan orang awam) yang telah mengambil kira semua kemungkinan tentang cara atau laluan pendedahan..
4.       Operasi Lynas menyebabkan kanser dan kecacatan kepada bayi baru lahir
Unjuran Kementerian Kesihatan pada 2007 menunjukkan kes kanser adalah sebanyak 720 kes bagi setiap juta penduduk.  Walaupun tanpa Lynas, anggaran kanser dan radiasi latar belakang tapak Lynas dibina ialah sebanyak 35 kes per juta penduduk.  Manakala apabila kilang Lynas beroperasi, anggaran kanser kepada orang ramai disebabkan operasi Lynas hanyalah 0.1 kes perjuta orang (Penafsiran Impak Radiasi) {daripada 0.002 mSv/year}
5.       Radon dan Thoron dari kilang Lynas boleh bertebaran sejauh beribu-ribu batu dan menyebabkan masalah kesihatan
Hasil kajian menunjukkan kadar pendedahan di kawasan pagar Lynas  bagi kedua bahan tersebut adalah jauh lebih kurang dari standard yang ditetapkan AELB (rodon = 0.00002 mSv setahun, thoron = 0.002 mSv/setahun).  Lagipun rodon dan thoron punya jangka hayat yang pendek  dan tidak akan bergerak jauh.  Ini bermakna apabila radionuklid terbentuk ia akan segera berubah menjadi pepejal dan tidak akan tersebar jauh dari kilang.
6.       Tiada Tahap radioaktif selamat
Radiasi ada dimana-mana (waima menonton television dan menggunakan telefon bimbit).  Beberapa kawasan di Malaysia mempunyai purata paras radiasi lebih tinggi daripada purata radiasi dihasilka oleh Lynas tapi tidak menyebabkan sebarang masalah kesihatan kepada penduduk.
7.       Lynas tidak membawa sebarang manfaat kepada Malaysia dan Kuantan
Logiknya mana mungkin pelaburan berbilion ringgit tidak membawa manfaat kepada penduduk dan kawasan terlibat?  Untuk pembinaan saja, semua kontraktor yang digunakan adalah kontraktor tempatan dan bila siap, kilang ini bakal memberi peluang pekerjaan kepada ribuan orang penduduk sekitar Kuantan.
8.       Sisa Lynas disimpan secara kekal di tapak kilang
Sisa atau residue ini tidak akan disimpan di tapak kilang walaupun kemudahan simpanan sisa (RSF) telah direkabentuk untuk penyimpanan kekal.  Malaysia sudah mempunyai keupayaan untuk melupuskan sisa merbahaya industri ini sejak 1995 lagi melalui sebuah anak syarikat Kumpulan UEM di Negeri Sembilan.
9.       Lynas menghasilkan 32,000 tan sisa setahun dengan kadar thorium sebanyak 0.165% setahun.
Fakta ini jelas mengelirukan seolahnya Lynas menghasilkan 50 tan thorium setahun.  Hakikatnya Lynas tidak sama sekali mengekstrak thorium mahupun memekatkannya. Walaupun jumlah residue adalah besar, kepekatan thorium tetap sama kerana Lynas tidak memekatkan bahan tersebut.
10.   Standard China digunakan untuk mengisytiharkan sisa sebagai bahan radioaktif
Ini juga satu pembohongan kerana salah satu sebab produk nadir bumi China menghadapi kesukaran menembusi pasaran EU ialah kerana standard yang diguna pakai tidak memenuhi standard antarabangsa.  Kilang Lynas di Malaysia menggunakan standard Malaysia yang jauh lebih ketat daripada standard ditetapkan oleh badan antarabangsa seperti IAEA.
11.   Mengikut undang-undang Australia, sisa perlu dikembalikan ke lombong
Undang-undang seperti ini tiada di Australia kerana undang-undang negara tersebut hanya menghendaki sisa disimpan di tempat simpanan selamat  yang dibina mengikut undang-undang Australia, bukan dikembalikan ke lombong seperti mana dakwaan pembangkang di Malaysia.
MKT berasa pelik dimana semasa awal perancangannya dan pembinaannya tidak pula pembangkang hendak beria-ia membantah, mengapa apabila segalanya sudahpun siap, baru hendak tunjuk kononnya prihatin?
Bak kata YB Dr. Che Rosli Che Mat (ADUN Ulu Langat) "Isu yang dimainkan jelas tidak layak untuk dibicarakan oleh mereka yang bukan ahli"...
Apa  pula kata juak-juak pembangkang?


0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.