Assalamualaikum...
MKT tertarik dengan Manifesto PAS pada PRU yang lepas berkenaan PETRONAS yang dicadangkan diletakkan dibawah seliaan Parlimen dan bukannya di bawah Perdana Menteri atas nama ketelusan dan pertanggungjawaban. Memang menarik cadangannya itu.
Tetapi yang tidak begitu menariknya, mereka begitu yakin dan pasti akan menurunkan harga minyak petrol / diesel kepada harga yang paling munasabah dengan pendekatan subsidi bagi menangani inflasi harga barang keperluan dan kos perkhidmatan. Err....subsidi tu, bukankah idea yang di'ciplak' dari karya UMNO?
Percayalah wahai rakyat Malaysia..manifesto Pakatan Rakyat yang berteraskan kitab suci Jingga itu akan dilaung-laungkan sedangkan segala yang terkandung didalam kitab itu kebanyakkannya lebih banyak buruk dari baiknya kepada negara.
Pada hemah MKT, jika rakyat memberi peluang kepada Pakatan Rakyat memerintah negara dan menggunakan sepenuhnya kitab Jingga, dalam masa 3 tahun negara akan jatuh muflis. Apabila muflis, dengan senang hatinya Perdana Menteri PR iaitu DSAI akan meminjam wang dari IMF atas alasan memulihkan ekonomi. Secara tidak langsungnya negara akan terikat dengan penyangak matawang dan lintah darat IMF. Bolehkah para pembaca membayangkan keadaan yang lebih teruk dari krisis kewangan yang melanda negara pada tahun 1997-1999? Itulah realitinya jika negara ini jatuh ke tangan yang bukan ahlinya.
KEBENARAN YANG NYATA BERKENAAN ADALAH BUKU JINGGA ADALAH IANYA ADALAH BUKU YANG BAKAL MELINGKUPKAN NEGARA
P/S dari MKT : Jika ada juak-juak PR nak bangkang entri ini, MKT nasihatkan agar baca dan kaji dahulu kitab Jingga terlebih dahulu. Bukan apa, takut malu jer nanti...hihihi
0 ulasan:
Post a Comment