.

.

Pages

Dr.HASAN ALI JILAT LUDAHNYA KEMBALI?..TIDAK MUNGKIN KOT...

Sunday, February 5, 2012


Assalamualaikum...
Dr. Hasan Ali sudah tetapkan pendiriannya yakni tidak akan merayu untuk kembali kepada PAS. Ini disebabkan oleh 9 dalilnya...

Antaranya adalah : 

1. Peranan 'parasit' dalam mempengaruhi pemecatannya.

2. Tidak menerima sebarang surat meminta beliau menjawab tuduhan terhadapnya.

3. Sebelum pemecatannya pada 27 Disember, Mursyidul Am PAS, Datuk  Nik Abdul Aziz Nik Mat telah berkata perkara itu telah diselesaikan.

4. PAS telah terpesong daripada perjuangan asalnya.

5. Pendirian akomodatif PAS terhadap rakan kongsi Pakatan Rakyat.

6. Menghadapi kesukaran dan suasana serba salah untuk melojak, menjunjung, mendaulatkan Islam serta bangsa Melayu seperti yang termaktub dalam pernyataan dasar parti.


7. 'Parasit' dalam PAS lebih gemar mendengar pandangan daripada DAP dan PKR, berbanding wakil partinya sendiri dalam hal pentadbiran kerajaan negeri.

8. Ruang untuk Islam di Selangor khususnya, yang berkaitan dengan nahi munkar yang menjadi perkara pokok perjuangan PAS hampir tidak wujud. DAP, PKR dan sebahagian pimpinan PAS negeri yang menjadi 'parasit' parti, tidak menyebelahi beliau atas alasan bercanggah dengan hak asasi manusia, kebebasan individu, hak untuk memilih pilihan dan demi mengutamakan Putrajaya.

9. 'Parasit' PAS menyuarakan pandangan negatif terhadap apa yang beliau lakukan yang menyentuh persoalan Islam dan Melayu. Mereka tidak pernah merujuk kepada beliau atau jabatan-jabatan di bawahnya seperti MAIS, JAIS dan Lembaga Zakat, tetapi sebaliknya mereka lebih suka menyerangnya, termasuk menyuarakannya melalui media massa.


MKT lebih berminat kepada perkara yang keempat iaitu 'PAS telah terpesong dari perjuangan asalnya'. Itu memang dalil yang paling tepat untuk menggambarkan senario PAS pada masa sekarang ini.

P/S dari MKT : Apa lagi juak-juak PAS yang lain? Buang masa sahaja menyokong satu parti politik yang kononnya Islamik tetapi bersifat seperti munafik.

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.