.

.

Pages

AKHIRNYA KEBENARAN TERSERLAH JUA..WALAUPUN PAHIT

Wednesday, February 22, 2012



Orang Islam juga wajib mempertahankan Raja-raja Melayu memandangkan golongan itulah yang mula-mula sekali menerima Islam di negara ini.

"Maka raja tidak boleh terpisah dengan kita," katanya lagi dalam ucapannya di majlis perasmian penubuhan NGO tersebut di Shah Alam hari ini.

Tambahnya, perjuangan untuk mempertahankan raja juga dianjurkan oleh Nabi Muhammad melalui sabda baginda bahawa "raja itu adalah bayang Allah di bumi ini."

"Jadi kita pertahankan kerana itu disebut oleh Rasulullah. Bukan dalam satu riwayat saja tapi banyak riwayat," tambahnya.

Mengulas mengenai pandangan sesetengah pihak mengenai perjuangan kaum, Harussani berkata Nabi Muhammad sendiri telah menyeru kepada kaum Quraisy pada waktu itu supaya mempertahankan bangsa mereka.
Assalamualaikum..

Siapakah yang membuat kenyataan seperti diatas? Ianya datang lidah Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria. Beliau adalah seorang ilmuwan yang diiktiraf sebagai tahap mufti bahkan ulama'. 

Menurut beliau, baginda Rasullah menyeru agar mempertahankan kaum/bangsa dan ianya tidak ditakrifkan sebagai Assobiyah. Adakah juak-juak Pakatan Rakyat khususnya PAS faham akan keterangan tersebut? Mestilah tidak akan faham kerana ianya adalah satu kebenaran yang pahit untuk juak-juak PAS menelannya.

Jujur MKT simpulkan, jika ditakdirkan keterangan diatas datang dari mulut Nik Aziz nescaya akan dicercanya juga. Betul tak?

"Kita pertahankan bangsa kita bukan bermakna taksub dan memang wajib pun kita pertahankan kerana negara ini adalah kepunyaan orang Melayu." tambah beliau lagi...

P/S dari KT : No comment....sebab kalau komen pun, juak-juak ni mana mahu diterimanya....

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.