.

.

Pages

AHLI-AHLI PAS HINA PERLEMBAGAAN MEREKA SENDIRI..

Wednesday, February 8, 2012


BAB YANG KETIGA: TUJUAN, USAHA, HUKUM DAN KEKUASAAN (Sambungan 1)

Fasal 7. Hukum dan Kekuasaan


(1) Adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah KITABULLAH dan SUNNAH RASUL serta IJMAK 'ULAMAK dan QIAS yang terang dan nyata, degan tertakluk kepada hukum yang tertinggi itu, kekuasaan PAS adalah dipegang oleh Muktamar Tahunan.
Assalamualaikum...
Tertarik MKT apabila membaca salah satu Perlembagaan PAS diatas. Ayat disusun begitu indah dan menarik. Sekali pandang memang ternyata begitu Islamiknya PAS mendukung pegangan Kitabullah dan Sunnah Rasullah serta Ijmak Ulamak dan Qias. 

Hakikat sebenarnya tidak pula begitu. 

1) Dalam Islam, ada ker mengajar umatnya bercakap dusta? 
2) Dalam Islam, ada ker mengajar umatnya menyokong zina dan liwat?
3) Dalam Islam, ada ker mengajar umatnya mencerca?
4) Dalam Islam, ada ker mengajar umatnya menghina orang?
5) Dalam Islam, ada ker mangajar umatnya menjatuhkan maruah orang?
6) Dalam Islam, ada ker mengajar umatnya menuduh sebarangan tanpa bukti yang jelas?

dan pelbagai lagi persoalan yang boleh MKT timbulkan. Jadi dimanakah relevannya pegangan PAS ialah Kitabullah dan Sunnah Rasullah serta Ijmak Ulamak dan Qias?

Perlembagaan PAS sebenarnya adalah satu alat untuk menghalalkan segala perkara yang diharamkan. Kita lihat sendiri, berapa ramai pemimpin-pemimpin atasan PAS yang jelas-jelas melanggar perlembagaan mereka sendiri. Apatah lagi dengan Perlembagaan Negara? 

MKT boleh beri satu jaminan, jika ditakdirkan mereka dapat memerintah Malaysia dan mengubah Perlembagaan Negara ke Perlembagaan Islam sekalipun mereka akan tetap melanggar hukum tersebut. Tidak perlu bukti yang kukuh kerana Undang-undang yang mereka sendiri tubuhkan dan cipta di dalam parti pun mereka boleh ketepikan, bagaimana pula dengan negara nanti?

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.